User Manual

17
Untuk mengkonfigurasi seting pemasa
1.
Gunakan kekunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa.
2.
Gunakan kekunci [] dan [] untuk memilih seting “Kedudukan”, “Paparan
Berterusan”, atau “Masa Mula” dan kemudian tukar seting seperti yang
diterangkan dalam jadual di bawah.
3.
Untuk menyimpan seting anda dan menutup menu fungsi pemasa, tekan [ESC].
Untuk memulakan pemasa dengan serta merta setelah menukar tetapannya, gunakan [] dan
[] untuk memilih “Mula Pemasa” pada menu fungsi pemasa dan tekan kekunci [ENTER]
sebelum menekan [ESC] dalam langkah di atas.
Untuk memulakan operasi pemasa kira detik
1.
Gunakan kekunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa.
2.
Pilih “Mula Pemasa” dan tekan kekunci [ENTER].
Ini akan menutup menu fungsi pemasa dan memulakan pengiraan detik pemasa.
Setelah pengiraan detik mencecah 00:00, ia akan memulakan operasi pengiraan detik
60-minit ke atas (daripada –00:01 ke –60:00). Angka pada paparan pemasa berwarna merah
(menunjukkan bahawa persembahan terlebih masa) semasa operasi pengiraan detik ke atas.
Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini:
Posisikan semula pemasa
pada imej yang ditayang
Pilih “Kedudukan”, dan kemudian gunakan kekunci [
] dan [
] untuk memilih
salah satu seting berikut: “Bawah Kanan”, “Atas Kanan”, “Atas Kiri”, “Bawah
Kiri” (Lalai awal: Bawah Kanan).
Dayakan atau nyahdayakan
paparan berterusan pemasa
Pilih “Paparan Berterusan”, dan kemudian gunakan kekunci [
] dan [
] untuk
memilih sama ada “Hidup” atau “Mati” (Lalai awal: Mati).
Hidup: Sebaik pemasa dipaparkan, ia kekal terpapar sehingga anda
memaparkan kotak dialog yang lain atau anda menekan kekunci [ESC].
Mati: Pemasa secara automatik hilang kira-kira lima saat selepas ia
dipaparkan.
Menentukan masa mula kira
detik pemasa
Pilih “Masa Mula”, dan kemudian gunakan kekunci [
] dan [
] untuk
menentukan masa mula kira detik yang anda mahu.
Anda boleh menetapkan masa mula dari lima hingga 60 minit, dalam langkah
lima minit (Lalai awal: 20 minit).