User Manual
15
Seting Mod Eko berikut tersedia untuk menentukan sama ada keutamaan harus diberikan kepada
kuasa rendah, operasi rendah hingar atau kepada kecerahan tayangan.
Untuk memilih Mod Eko
1.
Tekan kekunci [ECO].
Ini menyebabkan tetingkap “Mod Eko” muncul pada skrin tayangan.
2.
Gunakan kekunci [] dan [] untuk memilih seting yang anda mahu.
Jika anda memilih “Hidup” di sini, pergi ke langkah 3. Jika anda memilih “Mati”, lompat ke
langkah 4.
3.
Lakukan langkah berikut untuk melaraskan “Aras Eko” (keseimbangan antara
kuasa rendah, operasi senyap dan kecerahan tayangan).
4.
Untuk menyembunyikan tetingkap tersebut, tekan kekunci [ESC].
Semasa “Mati” dipilih untuk seting Mod Eko anda juga boleh menentukan sama ada
kecerahan atau warna harus diberi lebih penekanan. Untuk maklumat lanjut, lihat “Pelarasan
Imej 1 3 Mod Eko Mati” (halaman 20).
Mod Eko (ECO)
Hidup : Membolehkan pelarasan manual untuk mengimbangi keperluan kuasa rendah, operasi
senyap dan kecerahan tayangan.
Mati : Memberikan keutamaan tinggi kepada kecerahan tayangan.
Tekan kekunci [] untuk mengalih penonjolan ke Aras Eko.
Gunakan kekunci [] dan [] untuk melaraskan Aras Eko kepada seting yang anda mahu.
Kurang tanda memberikan keutamaan yang lebih tinggi kepada kecerahan tayangan.
Nombor yang lebih besar memberikan keutamaan lebih tinggi kepada kuasa rendah dan
operasi senyap.