User Manual
12
Untuk melaras imej secara (AUTO)
Tekan kekunci [AUTO].
Menekan kekunci [AUTO] secara automatik akan melaraskan frekuensi dan fasa menurut isyarat
input, yang boleh mengurangkan kerlipan dan masalah imej tayangan lain.
Operasi ini disokong apabila sumber input adalah Komputer (RGB).
Untuk menukar nisbah bidang imej yang ditayang (ASPECT)
Tekan kekunci [ASPECT] untuk mengitar semua seting nisbah bidang untuk imej yang ditayang.
Jadual di bawah menunjukkan seting yang tersedia untuk setiap jenis sumber input.
Penerangan Setiap Seting
Untuk butiran lanjut mengenai bagaimana seting nisbah bidang memberi kesan kepada imej
yang ditayang, lihat “Seting Nisbah Bidang dan Imej Tayangan” (halaman 36).
Anda juga boleh menukar nisbah bidang menggunakan seting “Seting Skrin 3 Nisbah
Bidang” Menu Persediaan (halaman 20).
Ambil perhatian bahawa membesarkan atau mengurangkan saiz imej menggunakan kekunci
[ASPECT] untuk tujuan komersil atau persembahan umum mungkin melanggar hak cipta yang
dilindungi secara sah bagi pemegang hak cipta bahan asal.
Sumber Input Menekan kekunci [ASPECT] akan togol antara seting ini:
RGB, HDMI (PC) Normal Penuh 16:9 16:10
Komponen, HDMI (DTV) Normal 16:9 16:10 4:3
Normal:Menayang pada saiz semaksimum mungkin bagi projektor sambil mengekalkan nisbah
bidang isyarat input.
Penuh: Menayang pada saiz semaksimum mungkin bagi projektor dengan membesarkan atau
mengurangkan isyarat input.
16:9: Seting ini menentukan nisbah bidang 16:9, yang merupakan saiz yang sama bagi skrin filem,
TV definisi tinggi, dsb. Menggunakan seting ini apabila isyarat input adalah imej 16:9 yang
telah dipadatkan menjadi imej 4:3 menyebabkan imej tersebut dipaparkan dengan nisbah
bidang 16:9 normalnya.
16:10: Seting ini menetapkan nisbah bidang 16:10. Gunakan seting ini untuk melaraskan imej untuk
penayangan pada skrin yang nisbah bidangnya ialah 16:10.
4:3: Tanpa mengira nisbah bidang isyarat inout, imej akan sentiasa disaizkan semula kepada
nisbah bidang 4:3 untuk tayangan.