User Manual
11
Untuk menggunakan pembetulan pepasak manual
(KEYSTONE)
Projektor ini mempunyai ciri pembetulan pepasak yang
menghalang herotan imej yang ditayang apabila menayang
dari satu sudut.
Anda boleh menggunakan kekunci [KEYSTONE +] dan
[KEYSTONE –] untuk melaraskan pembetulan pepasak secara
manual.
Untuk mengezum imej (D-ZOOM)
1.
Tekan kekunci [D-ZOOM+].
Ini akan membesarkan pusat imej yang ditayang sebanyak satu langkah.
2.
Untuk zum ke dalam pusat imej yang ditayang lebih lagi, tekan kekunci [D-ZOOM +]
sekali lagi. Untuk zum keluar, tekan kekunci [D-ZOOM –].
Setiap tekanan [D-ZOOM +] mengezum ke dalam (menambah faktor zum), manakala
[D-ZOOM –] mengezum keluar. Menekan dan menahan mana-mana kekunci secara
berterusan akan menatal faktor zum.
3.
Apabila imej dizum, gunakan kekunci [], [], [
] dan [
] untuk menatal
paparan kepada bahagian lain imej.
4.
Untuk keluar dari operasi zum, tekan kekunci [ESC].
Untuk mengosongkan imej dan membisukan audio seketika
(BLANK)
1.
Tekan kekunci [BLANK].
Ini akan mengosongkan skrin dengan memaparkan imej skrin kosong yang ditentukan oleh
seting “Skrin Kosong” Menu Persediaan (halaman 21) dan membisukan audio.
2.
Untuk mengembalikan imej dan bunyi normal, tekan kekunci [BLANK] (atau
kekunci [ESC]).
Untuk memegunkan imej (FREEZE)
Tekan kekunci [FREEZE] untuk memegunkan imej sumber input semasa. Untuk kembali ke imej
sumber input masa nyata, tekan kekunci [FREEZE] sekali lagi atau tekan kekunci [ESC].
Operasi Imej Output