User Manual

10
Mengendalikan Projektor
Bahagian ini menerangkan cara menggunakan alat kawalan jauh untuk melakukan operasi projektor.
Untuk memilih sumber input
1.
Tekan kekunci [INPUT].
2.
Pada kotak dialog “Input” yang muncul, gunakan kekunci [INPUT], [] dan []
untuk memilih sumber input yang anda mahu dan kemudian tekan kunci
[ENTER].
Jika anda tidak tekan kunci [ENTER], projektor akan menggunakan sumber input semasa yang
dipilih secara automatik selepas kira-kira dua saat.
Nama sumber input yang anda pilih akan muncul di sudut kanan atas skrin projektor selama
beberapa saat.
Mesej “Tiada input isyarat” akan muncul sekiranya tiada isyarat input dapat dikesan.
Resolusi
Resolusi video projektor ditetapkan pada XGA (1024 x 768 piksel). Imej mungkin kelihatan kasar, teks
dan bentuk lain mungkin sukar dibaca atau corak berombak mungkin muncul apabila isyarat input dari
komputer tidak sepadan dengan resolusi video projektor ini. Jika ini berlaku, tukar seting resolusi
output komputer supaya ia sepadan dengan resolusi video projektor. Lihat dokumentasi pengguna
yang dibekalkan bersama komputer anda untuk butiran mengenai cara menukar setingnya.
Memilih Sumber Input (INPUT)