User Manual

27
Isyarat yang Disokong
Untuk maklumat tentang isyarat yang disokong oleh projektor, lawati laman web CASIO.
Mengubah Input Audio
Di tempat terminal input audio lalai yang menunjukkan lajur paling kanan jadual di atas, anda boleh
menetapkan satu daripada terminal berikut untuk setiap sumber input: AUDIO IN 1, AUDIO IN 2,
AUDIO IN R L. Untuk butiran, lihat “Mengubah Input Audio” pada halaman 29.
Resolusi
Bergantung pada model projektor, resolusi tayangannya akan ditetapkan pada XGA (1024 × 768
piksel) atau WXGA (1280 × 800 piksel). Imej mungkin kelihatan kasar, teks dan bentuk lain mungkin
sukar dibaca atau corak berombak mungkin muncul apabila isyarat input dari komputer tidak sepadan
dengan resolusi tayangan projektor ini. Sekiranya ini berlaku, cuba lakukan yang berikut.
z Ubah tetapan resolusi output komputer supaya ia sepadan dengan resolusi tayangan projektor.
Untuk maklumat tentang resolusi tayangan projektor anda, lihat “Spesifikasi” (halaman 60). Lihat
dokumentasi pengguna yang dibekalkan bersama komputer anda untuk butiran mengenai cara
menukar setingnya.
z Ubah tetapan “Nisbah Bidang” kepada “Benar” (Hanya terpakai pada model yang menyokong
resolusi tayangan WXGA sahaja). Dengan tetapan “Benar”, projektor menayangkan isyarat input
pada saiz sebenar (1 titik sumber input setara dengan satu titik piksel output projektor).
Untuk maklumat tentang mengkonfigurasi tetapan Nisbah Bidang, lihat “Ubah nisbah bidang imej
yang ditayangkan (ASPECT)” (halaman 25).
Kawalan cahaya membolehkan anda melaraskan cahaya yang merupakan output (kecerahan sumber
cahaya) daripada projektor. Apabila “Hidup” dipilih untuk “Kawalan Nyala” (halaman 35) pada Menu
Persediaan (tetapan lalai awal), output cahaya boleh dilaraskan kepada satu daripada tujuh tahap.
Pemilihan “Hidup” untuk tetapan Menu Persediaan “Sensor Nyala” (halaman 35) akan menyebabkan
output cahaya dilaraskan secara automatik mengikut cahaya semasa yang tersedia.
z Untuk membuat tayangan pada kecerahan sumber cahaya maksimum, pilih “Mati” untuk
seting “Kawalan Nyala” pada Menu Persediaan. Pemilihan “Mati” boleh menghalang anda
daripada melaraskan cahaya dan juga menyahdayakan sensor cahaya.
Untuk menamatkan operasi di bawah, tekan kekunci [ESC].
Kawalan Nyala
Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini:
Laraskan output cahaya 1. Apabila tiada menu atau kotak dialog dipaparkan pada skrin tayangan, tekan
kekunci [W] atau [X].
z Ini akan memaparkan tahap output cahaya semasa sebagai nilai dari 1 hingga 7.
2. Gunakan kekunci [W] dan [X] untuk melaraskan output cahaya.