User Manual
10
• Jika anda menggunakan perentak jantung
atau sebarang peranti perubatan elektronik
lain, pastikan anda mendapatkan nasihat
doktor anda atau pengeluar peranti sebelum
menggunakan produk ini.
z Jangan gunakan semburan gas mudah
terbakar di kawasan berdekatan
Jangan sembur gas mudah terbakar ke
dalam atau di persekitaran projektor.
Gas tersebut mungkin menyalakan dan
menyebabkan risiko kebarakan.
z Kord kuasa
Penyalahgunaan kord kuasa
mengakibatkan risiko kebakaran dan
renjatan elektrik. Pastikan anda sentiasa
mengambil langkah berjaga-jaga seperti
berikut.
• Apabila mencabut palam kord kuasa, sentiasa
genggam palam, dan jangan tarik kord kuasa.
• Masukkan palam ke dalam salur keluar kuasa
sedalam yang boleh.
• Setelah menggunakan projektor, cabut palam
dari salur keluar kuasa.
• Cabut palam projektor dari salur keluar kuasa
jika anda tidak berhasrat untuk
menggunakannya untuk jangka masa yang
lama.
• Sekurang-kurangnya sekali setahun, cabut
palam kuasa dan gunakan kain yang kering
atau pembersih hampagas untuk
membersihkannya daripada habuk di kawasan
sekitar gigi palam kuasa.
• Jangan sekali-kali gunakan detergen untuk
membersihkan kord kuasa, terutamanya
palam kuasa dan bicu.
• Sebelum mengalihkan projektor, pastikan ia
dimatikan dan cabut palamnya dari salur
keluar kuasa dahulu.
z Sandaran data penting
Pastikan anda menyimpan rekod
bertulis secara berasingan bagi semua
data yang tersimpan di dalam memori
projektor. Data memori boleh hilang
disebabkan oleh kerosakan,
penyelenggaraan, dsb.
z Semasa tayangan, pastikan tiada apa
di hadapan lensa yang mengadang
cahaya.
Objek di hadapan lensa mengakibatkan risiko
kebakaran.
z Kesan lensa
Jangan sekali-kali meletakkan akuarium atau
sebarang objek lain yang menghasilkan kesan
lensa di hadapan projektor semasa unit sumber
cahaya dihidupkan. Objek seperti itu
mengakibatkan risiko kebakaran.
z Lensa
Jangan sekali-kali menyentuh lensa dengan
tangan anda.
z Penyesuai wayarles YW-40 (disertakan
atau dibeli secara berasingan)
Jauhkan penyesuai wayarles daripada
capaian kanak-kanak kecil. Jika
penyesuai wayarles ditelan secara tidak
sengaja, ia boleh mengganggu
pernafasan dan mengakibatkan situasi
yang mengancam nyawa.
Langkah Berjaga-Jaga Untuk Bateri
Awas
-
*
-
+
Bahaya
Jika berlaku kebocoran bateri alkali dan
bendalir yang keluar termasuk ke dalam
mata, lakukan langkah-langkah berikut
dengan segera.
1.
Jangan sekali-kali gosok mata! Bilas mata
dengan air bersih.
2.
Hubungi doktor dengan segera. Kegagalan
mengambil tindakan segera boleh
menyebabkan kehilangan penglihatan.
-
*
+
B