Panduan Network Connection

2
Network Connection ialah aplikasi yang anda boleh gunakan untuk mewujudkan sambungan LAN
antara projektor dan komputer, dan untuk menghantar imej paparan, filem, dan audio dari komputer
yang bersambung ke projektor.
z Penerangan dalam bahagian ini menganggap yang sambungan LAN telah wujud antara
projektor dan komputer dan yang kandungan skrin komputer sedang ditayang. Sebelum
melaksanakan prosedur dalam bahagian ini, anda perlu menggunakan prosedur di bawah
“Menayang Kandungan Skrin Komputer Melalui Sambungan LAN” (lihat “Panduan Fungsi
Rangkaian” yang berasingan) untuk mewujudkan sambungan LAN antara projektor dan
komputer.
Tetingkap Network Connection yang ditunjukkan di bawah dipaparkan semasa terdapat sambungan
LAN antara projektor dan komputer.
z Tetingkap Network Connection, skrin paparan dan tatatanda yang digunakan dalam manual
ini semuanya berdasarkan Windows. Semua ini mungkin agak berbeza apabila dikendalikan
dengan menggunakan Mac OS.
Tetingkap Network Connection
Butang Tayang strim video
Kod log masuk
Butang menu fungsi
Butang minimumkan
Butang tutup
Penunjuk tayangan
Butang Henti
Butang Jeda
Butang Tayang skrin PC
Butang Tayang 1 skrin
Butang Tayang 4 skrin