Panduan Fungsi Rangkaian
9
z Semasa projektor bersambung dengan komputer melalui LAN wayarles, tetingkap Network
Connection seperti yang ditunjukkan di bawah akan dipaparkan pada skrin komputer. Imej
skrin komputer (skrin utama) akan ditayang.
z Untuk maklumat lanjut tentang operasi tetingkap Network Connection, lihat “Panduan
Network Connection” berasingan.
(Sambungan LAN wayarles menggunakan SSID Generik atau SSID pengguna)
z Selepas anda lakukan operasi di atas, Network Connection akan ingat ungkapan laluan yang
digunakan untuk penyambungan yang terakhir. Disebabkan ini, anda tidak perlu lagi
memasukkan frasa laluan semula jika anda menyambung semula komputer yang sama ke
projektor (selagi SSID tidak berubah).
z Tetapan boleh dikonfigurasikan untuk menyingkir keperluan input kod log masuk. Untuk
maklumat tentang cara mengkonfigurasi seting, lihat “Mengkonfigurasi tetapan rangkaian
halaman Panel Kawalan” (halaman 22).