Panduan Fungsi Rangkaian

7
Bahagian ini menerangkan cara menggunakan Network Connection untuk mencari SSID projektor dan
mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer. Operasi yang diperihalkan di
sini mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer dan memulakan tayangan
skrin komputer.
z Untuk menyambung dengan menggunakan SSID pengguna, anda perlu mencipta SSID
pengguna terlebih dahulu. Lihat “Mencipta SSID pengguna” (halaman 23).
Operasi Projektor
1.
Sambungkan penyesuai wayarles ke projektor (halaman 6) dan kemudian
hidupkan projektor.
2.
Tekan kekunci [INPUT] projektor sebanyak yang diperlukan untuk memilih
“Rangkaian”, kemudian tekan kekunci [ENTER].
z Sumber input akan bertukar ke “Rangkaian” dan tayangan skrin tunggu sedia sambungan
LAN akan bermula secara automatik.
z Langkah 3 sehingga 6 tidak diperlukan jika anda menggunakan SSID pengguna yang anda
cipta. Dalam hal ini, langkau ke langkah 7.
3.
Tekan kunci [MENU] dan kemudian pilih yang berikut: “Seting Rangkaian” 3
“Seting LAN Wayarles Projektor” 3 “SSID”. Pada kotak dialog yang muncul,
pilih SSID yang anda ingin guna untuk sambungan.
4.
Tekan kunci [ESC] dua kali untuk kembali ke “Seting Rangkaian”.
5.
Gunakan kunci [T] untuk memilih “Kemas kini Seting Rangkaian”, dan kemudian
tekan kunci [ENTER].
z Ini akan memaparkan kotak dialog pengesahan yang bertanya sama ada anda mahu
mengemas kini seting rangkaian.
6.
Tekan kunci [S] untuk memilih “Ya”, dan kemudian tekan kunci [ENTER].
z Ini mengenakan perubahan SSID kepada projektor dan menutup kotak dialog. Tunggu
sehingga skrin tunggu sedia sambungan LAN mula ditayang semula.
z Jika berbilang projektor sedang digunakan berhampiran, pilih SSID yang berasingan bagi
setiap projektor.
Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus antara
Projektor dan Komputer
Untuk guna jenis SSID ini: Pilih ini:
SSID Sambungan Ringkas casiolpj0001, casiolpj0002, casiolpj0003, atau casiolpj0004
SSID Generik casiolpj0101, casiolpj0102, casiolpj0103, atau casiolpj0104
Sambungan LAN wayarles
Projektor