Panduan Fungsi Rangkaian
29
Operasi Pemapar Fail Projektor
Bahagian ini memberikan maklumat tentang operasi Pemapar Fail yang anda boleh lakukan dengan
pelayar web.
Untuk menggunakan pelayar web bagi melaksanakan operasi Pemapar Fail, paparkan halaman
Kawalan Pemapar terlebih dahulu. Sila maklum bahawa halaman Kawalan Pemapar hanya boleh
digunakan apabila terdapat sambungan LAN berwayar.
Untuk memaparkan halaman Kawalan Pemapar melalui
sambungan LAN berwayar
1.
Lakukan langkah 1 hingga 4 di bawah “Untuk melog masuk ke halaman
Pentadbir Projektor melalui sambungan LAN berwayar” (halaman 20).
2.
Pada anak tetingkap kiri, klik “Viewer Control”.
z Ini memaparkan halaman “Viewer Control” seperti yang ditunjukkan di bawah, dan
memulakan tayangan skrin utama Pemapar Fail oleh projektor. Untuk maklumat mengenai
operasi yang boleh anda lakukan pada masa ini, lihat “Operasi Halaman Kawalan Pemapar”
(halaman 30).
Untuk kembali ke halaman teratas “Projektor CASIO” dari
halaman Kawalan Pemapar
Di sudut atas kiri tetingkap pelayar web, klik “CASIO Projector”.
Memaparkan Halaman Kawalan Pemapar
Semasa Pemapar Fail ditayangkan, butang-butang
ini melakukan operasi yang sama seperti butang
yang sepadan pada alat kawalan jauh yang
dibekalkan bersama projektor.