Panduan Fungsi Rangkaian
23
Mengkonfigurasi
tetapan halaman
Tetapan Rangkaian
1. Pada anak tetingkap kiri, klik “Network Settings”.
2. Pada halaman “Network Settings” yang muncul, konfigurasikan tetapan yang anda
mahu.
z Untuk maklumat tentang tetapan yang anda boleh konfigurasikan dan operasi
yang diperlukan untuk berbuat demikian, lihat “Item Halaman Tetapan Rangkaian”
(halaman 25).
3. Untuk mengenakan perubahan halaman “Network Settings” pada projektor, klik
[Apply]. Ini akan memaparkan kotak dialog yang bertanya sama ada anda mahu
memulakan semula projektor.
4. Untuk memulakan semula projektor dan mengguna pakai tetapan yang diubah, klik
[OK].
z Mengklik [OK] akan mengguna pakai tetapan yang diubah dan memulakan semula
projektor. Sambungan LAN antara projektor dan komputer akan diputuskan pada
masa ini.
Ubah kata laluan untuk
log masuk ke halaman
Pentadbir Projektor
1. Pada anak tetingkap kiri, klik “Change Passwords”.
2. Di bawah “Projector Admin”, masukkan sehingga lapan aksara bait tunggal untuk
kata laluan baharu ke dalam kedua-dua “New Password” dan “Reinput Password”.
Masukkan kata laluan yang sama ke dalam kedua-dua kotak.
3. Klik [Apply].
Mencipta SSID
pengguna
1. Pada anak tetingkap kiri, klik “Network Settings”.
2. Dalam kotak “SSID”, masukkan jujukan aksara yang anda mahu gunakan sebagai
SSID pengguna.
z SSID pengguna akhirnya akan berada dalam format: casiolpj0<rentetan aksaran
yang anda masukkan>
z Anda boleh memasukkan sehingga 23 aksara bait tunggal sebagai SSID
pengguna. Ambil perhatian yang berikut tidak boleh digunakan sebagai bahagian
input teks untuk SSID pengguna: 001, 002, 003, 004, 101, 102, 103, atau 104. Ini
adalah kerana menggunakan nombor-nombor ini akan menjadikan nama SSID
pengguna sama seperti SSID ringkas atau SSID generik.
3. Klik butang [T] di sebelah kanan kotak “Security” dan kemudian pilih protokol
keselamatan yang diingini dalam senarai yang muncul.
WPA-PSK AES: Lakukan penyulitan komunikasi dengan menggunakan protokol
WPA-PSK. WPA (Wi-Fi Protected Access, Capaian Terlindung Wi-Fi) merupakan
fungsi keselamatan bagi menyulitkan data komunikasi.
WPA2-PSK AES: Lakukan penyulitan komunikasi dengan menggunakan protokol
WPA2-PSK. WPA2 ialah standard WPA yang baharu.
Disable: Mematikan keselamatan LAN wayarles, maka komunikasi tidak disulitkan.
z Jika anda memilih “Disable”, anda tidak perlu melakukan langkah 4.
4. Masukkan frasa laluan dalam kotak teks “Passphrase/WEP Key Input”.
z Masukkan frasa laluan dengan aksara abjad-angka 8 hingga 63 bait tunggal atau
64 digit nilai perenambelasan.
z Setiap aksara kekunci frasa laluan yang anda masukkan ditandakan dengan
asterisk (*) dalam kotak input yang digunakan. Jika anda mahu melihat aksara
sebenar yang anda masukkan, kosongkan kotak semak “Hide characters”.
z Frasa laluan yang anda masukkan akan diperlukan apabila anda menggunakan
SSID pengguna untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan
komputer. Pastikan anda tidak terlupa frasa laluan yang anda masukkan.
5. Untuk mencipta SSID pengguna berdasarkan pada tetapan anda di atas, klik [Apply].
z Ini menghasilkan SSID pengguna dan menggunakannya untuk projektor itu.
z Jika projektor dan komputer disambungkan melalui LAN wayarles, ini memutuskan
sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer, dan mengubah skrin
tayangan kepada skrin tunggu sedia sambungan LAN.
Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: