Panduan Fungsi Rangkaian
18
Seting Rangkaian Projektor
Terdapat dua jenis tetapan rangkaian projektor: tetapan asas yang boleh dikonfigurasikan oleh
projektor sahaja dan tetapan yang lebih terperinci yang boleh dikonfigurasikan dengan menggunakan
komputer yang bersambung ke projektor melalui sambungan LAN untuk mencapai halaman
“Projector Admin”.
Anda boleh menggunakan menu utama “Seting Rangkaian”, yang disertakan dalam menu persediaan
projektor, untuk memaparkan maklumat tentang dan mengkonfigurasikan seting untuk projektor dan
sambungan LAN peranti luaran.
Menggunakan Menu Persediaan Projektor
Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini:
Memaparkan maklumat
LAN berwayar
1. Tekan kunci [MENU] dan kemudian pilih yang berikut: “Seting Rangkaian” 3
“Info LAN berwayar”.
2. Tekan kunci [ENTER]. Ini akan memaparkan maklumat di bawah.
Nama projektor: Tetapan lalai awal ialah enam digit paling kanan bagi alamat
MAC. Anda boleh mengubah nama projektor dengan menggunakan prosedur
di bawah “Mengkonfigurasi tetapan rangkaian halaman Panel Kawalan”
(halaman 22).
Alamat MAC: Alamat MAC LAN berwayar tetap diperuntukkan kepada setiap
projektor
Alamat IP: Alamat IP yang diperuntukkan kepada projektor pada masa ini
DHCP: Menunjukkan status semasa fungsi pelayan DHCP projektor (“Auto” atau
“Nyahdayakan”).
Memaparkan maklumat
LAN wayarles
1. Tekan kunci [MENU] dan kemudian pilih yang berikut: “Seting Rangkaian” 3
“Info LAN wayarles”.
2. Tekan kunci [ENTER]. Ini akan memaparkan maklumat di bawah.
SSID: Menunjukkan SSID semasa projektor (yang digunakan untuk sambungan
LAN wayarles dengan peranti luaran).
Alamat MAC Wayarles: Alamat MAC LAN wayarles yang tetap diperuntukkan
kepada setiap penyesuai wayarles.
Alamat IP: Alamat IP yang diperuntukkan kepada projektor.
DHCP: Menunjukkan status semasa pelayan DHCP projektor (“Auto” atau
“Nyahdayakan”).
Seting Keselamatan: Menunjukkan sistem penyulitan yang digunakan oleh SSID
semasa projektor.
SSID AP Luaran: Muncul apabila “Enable” ditetapkan untuk “External Access
Point” pada halaman “Network Settings”. Apabila projektor bersambung
dengan titik capaian LAN wayarles luaran, SSID titik capaian itu ditunjukkan.
Apabila tidak bersambung, menunjukkan “Tiada sambungan”.
Status Sambungan AP Luaran: Muncul apabila “Enable” ditetapkan untuk
“External Access Point” pada halaman “Network Settings”. Apabila projektor
bersambung ke titik akses LAN wayarles luaran, menunjukkan “Bersambung”.
Apabila tidak bersambung, menunjukkan “Terputus”.