Panduan Fungsi Rangkaian

16
1.
Sambungkan komputer ke projektor dengan kabel LAN (penggunaan kabel LAN
bertebat (STP) adalah disyorkan).
Operasi Projektor
2.
Tekan kunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”.
3.
Gunakan kunci [T] dan [S] untuk memilih “Rangkaian” dan kemudian tekan
kunci [ENTER].
4.
Semak alamat IP (“Server IP”) di sudut bawah kiri skrin tayangan (skrin tunggu
sedia sambungan LAN).
z Di sini, kita akan menggunakan alamat IP projektor 192.168.100.10 (seting lalai awal
projektor).
Operasi Komputer
5.
Periksa bagi memastikan tetapan dikonfigurasi untuk perolehan automatik bagi
alamat IP komputer.
z Jika anda ingin menentukan alamat IP komputer secara manual, ubah ia kepada
192.168.100.XXX (XXX ialah nilai dari 1 hingga 9 atau 11 hingga 254).
z Langkah setakat ini adalah untuk mewujudkan sambungan LAN antara projektor dan
komputer. Langkah dari sini ialah untuk menayangkan skrin komputer.
6.
Permulaan Network Connection.
z Jika kotak dialog “Tetapkan Lokasi Rangkaian” muncul, klik [Batal] untuk menutup kotak
dialog.
z Tetingkap Network Connection akan muncul dengan mesej “Connecting”.
7.
Pada kotak dialog “Enter the login code.” yang muncul, masukkan kod log
masuk yang diperlukan.
z Dalam kotak “Login Code”, inputkan nombor empat-digit yang ditunjukkan di sudut atas
kanan skrin tunggu sedia sambungan LAN yang ditayangkan.
8.
Setelah semuanya seperti yang anda mahu, klik [OK].
z Ini akan menyebabkan tetingkap Network Connection berubah seperti yang ditunjukkan di
bawah, dan tayangan imej skrin komputer (tetingkap utama) akan bermula.
z Untuk maklumat lanjut tentang operasi tetingkap Network Connection, lihat “Panduan
Network Connection” berasingan.
z Apabila menggunakan jenis sambungan di atas, seting boleh dikonfigurasi agar kod log
masuk tidak perlu dimasukkan. Untuk maklumat tentang cara mengkonfigurasi seting
sedemikian, lihat “Mengkonfigurasi tetapan rangkaian halaman Panel Kawalan” (halaman 22).
Menggunakan Kabel LAN untuk Menyambungkan Komputer
Secara Terus ke Projektor