Panduan Fungsi Rangkaian
11
5.
Pada anak tetingkap kiri, klik “Network Settings”.
z Ini memaparkan halaman “Network Settings”.
z Input dan seting yang diperlukan di sini dikelilingi oleh sempadan merah. Anda tidak perlu
mengubah seting lain.
z Untuk butiran tentang halaman ini, lihat “Mengkonfigurasi tetapan halaman Tetapan
Rangkaian” (halaman 23).
6.
Klik butang “Obtain an IP address automatically” agar ia berubah kepada .
7.
Klik butang “Auto” dalam kawasan “DHCP Settings” agar ia berubah kepada .
8.
Konfigurasikan seting untuk sambungan ke titik capaian LAN wayarles dari
projektor.
1. Klik butang “Enable” dalam kawasan “External Access Point” agar ia berubah kepada .
2. Klik [Scan Access Point].
z “Select an access point.” dipaparkan dalam kotak “External Access Point SSID”.
3. Klik butang [T] ke bahagian kanan kotak “External Access Point SSID” kemudian pilih SSID
titik capaian yang anda ingin sambungkan dengan senarai yang muncul.
z Senarai yang muncul apabila anda klik butang [T] menunjukkan titik akses yang isyaratnya
dikesan oleh projektor pada masa itu, dan sehingga lapan titik akses yang bersambung
sebelumnya.
z Jika anda mahu masukkan SSID secara manual, pilih opsyen “Enter the key.” dalam list.
Seterusnya, masukkan SSID yang diingini ke dalam kotak “External Access Point SSID”.
4. Dalam kotak “Passphrase/WEP Key” masukkan frasa laluan atau kunci WEP titik capaian
yang disambungkan dengannya.
z Anda tidak perlu memasukkan apa-apa sekiranya titik capaian yang anda gunakan tidak
memerlukan input frasa laluan atau kekunci WEP.
z Setiap frasa laluan atau aksara kekunci WEP yang anda masukkan ditandakan dengan
asterisk (*) dalam kotak input yang digunakan. Jika anda mahu melihat aksara sebenar yang
anda masukkan, kosongkan kotak semak “Hide characters”.
5. Untuk menyimpan tetapan sambungan anda, klik [Apply].
z Jika frasa laluan atau kekunci WEP betul, ia biasanya akan mengambil masa kira-kira satu
minit sehingga beberapa minit untuk mewujudkan sambungan dengan titik capaian.