Panduan Fungsi Rangkaian

10
Semasa terdapat sambungan LAN wayarles terus antara projektor dan komputer, projektor boleh
bersambung dengan titik capaian wayarles yang bersambung dengan rangkaian luar (Internet atau
Intranet), tanpa memutuskan sambungan dengan komputer.
z Sambungan jenis ini membolehkan komputer menggunakan perkhidmatan (Internet atau
Intranet) rangkaian yang bersambung melalui titik capaian LAN wayarles atau penghala.
Persekitaran rangkaian yang boleh disambungkan dari komputer bergantung pada titik
capaian LAN wayarles atau penghala.
z Sambungan jenis ini menganggap yang pelayan DHCP berjalan di rangkaian yang memiliki
titik capaian LAN wayarles atau penghala.
Bagi menyambungkan projektor ke titik capaian LAN wayarles
tanpa memutuskan sambungan LAN wayarles terus dengan
komputer
1.
Lakukan prosedur di bawah “Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus
antara Projektor dan Komputer” (halaman 7) untuk mewujudkan sambungan
LAN wayarles antara projektor dan komputer.
2.
Pada tetingkap Network Connection, klik dan kemudian klik [Admin Screen]
pada menu yang muncul.
z Ini memulakan pelayar web komputer dan memaparkan halaman teratas “CASIO Projector”.
3.
Pada anak tetingkap kiri, klik “Projector Admin”. Pada skrin input kata laluan
yang muncul, masukkan kata laluan.
z Kata laluan lalai awal ialah “admin”.
4.
Klik butang [Login].
z Jika log masuk diteruskan seperti biasa, halaman “System Status” akan muncul.
Menyambung Projektor pada Rangkaian Luar tanpa
Memutuskan Sambungan LAN Wayarles Terus dengan
Komputer
Sambungan LAN wayarles
Titik capaian LAN wayarles
(atau penghala)
Sambungan LAN wayarles
Atau sambungan LAN berwayar
Projektor