Panduan Fungsi Rangkaian

1
PROJEKTOR DATA
Panduan Fungsi Rangkaian
z Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan” dan “Langkah Berjaga-Jaga
Pengendalian” dalam dokumen “Panduan Pengguna”, dan pastikan anda menggunakan produk ini
dengan betul.
z Simpan manual ini di tempat selamat untuk rujukan pada masa hadapan.
z Lawati laman di bawah untuk versi terkini manual ini.
http://world.casio.com/manual/projector/
Skop Kandungan Manual ini
Prosedur dalam manual ini dipersembahkan berdasarkan komputer Windows yang menjalankan
Network Connection.
Sekiranya anda menggunakan jenis peranti yang berlainan, lihat dokumentasi pengguna perisian yang
boleh didapati dari laman muat turun bagi setiap jenis perisian.
z Kandungan Panduan Pengguna ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
z Menyalin manual ini, sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya adalah dilarang. Anda
dibenarkan menggunakan manual ini untuk kegunaan peribadi anda sendiri. Sebarang
penggunaan lain tanpa kebenaran CASIO COMPUTER CO., LTD. adalah dilarang.
z CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau
tuntutan daripada pihak ketiga yang berpunca daripada penggunaan produk ini atau manual ini.
z CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerugian kerana kehilangan data akibat malfungsi atau penyelenggaraan produk ini, atau
sebarang sebab lain.
z Skrin sampel yang ditunjukkan di dalam manual ini adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja, dan
mungkin tidak betul-betul sama dengan skrin yang dihasilkan oleh produk ini.
z Petikan skrin dalam manual ini semuanya daripada versi bahasa Inggeris. Beberapa istilah yang
digunakan dalam teks penjelasan juga berdasarkan skrin versi bahasa Inggeris.
MS

Summary of content (33 pages)