User Manual

Table Of Contents
7
Malfungsi
Berhenti menggunakan projektor
dengan serta merta jika skrin kelihatan
tidak normal, atau jika sebarang operasi
yang tidak normal lain berlaku walaupun
anda mengendalikan projektor dengan
betul. Penggunaan yang berterusan
mengakibatkan risiko kebakaran dan
renjatan elektrik. Lakukan
langkah-langkah berikut dengan
segera.
Kord kuasa
Penyalahgunaan kord kuasa
mengakibatkan risiko kebakaran dan
renjatan elektrik.
Pastikan anda sentiasa mengambil
langkah berjaga-jaga seperti berikut.
Pastikan hanya aksesori yang dibekalkan
bersama projektor digunakan.
•Pastikan anda menggunakan sumber kuasa
yang mempunyai voltan yang sama seperti
yang dikhususkan untuk projektor.
Jangan bebankan salur keluar kuasa dengan
terlalu banyak peranti.
Jangan tempatkan kord kuasa berhampiran
dengan dapur.
Jangan gunakan kord kuasa yang dibekalkan
bersama projektor dengan sebarang peranti
lain.
Jangan berkongsi salur keluar yang
membekalkan kuasa kepada projektor dengan
peranti lain. Jika anda menggunakan kord
penyambung, pastikan kadar ampere kord
penyambung itu sesuai dengan nilai
penggunaan kuasa projektor ini.
Jangan sekali-kali menggunakan kord kuasa
dalam keadaan ia masih berikat.
Gunakan salur keluar kuasa yang terletak
berhampiran supaya anda dapat mencapainya
dengan mudah apabila anda perlu mencabut
palam projektor.
Kord kuasa yang rosak mengakibatkan
risiko kebakaran dan renjatan elektrik.
Pastikan anda sentiasa mengambil
langkah berjaga-jaga seperti berikut.
Jangan sekali-kali meletakkan objek berat di
atas kord kuasa dan jangan sekali-kali
mendedahkannya kepada haba.
Pastikan kord kuasa tidak terjepit di antara
dinding dan rak atau meja di mana projektor
ditempatkan, dan jangan sekali-kali menutup
kord kuasa dengan kusyen atau objek lain.
Jangan sekali-kali cuba ubah suai kord kuasa,
membiarkannya rosak, atau
membengkokkannya secara keterlaluan.
Jangan memulas kord kuasa atau menariknya.
Jangan sekali-kali menyentuh kord
kuasa atau palam semasa tangan anda
basah.
Berbuat demikian mengakibatkan risiko
renjatan elektrik.
Apabila menggunakan projektor ini di negara
di mana anda membelinya, pastikan anda
menggunakan kord kuasa yang dibekalkan
bersamanya. Apabila menggunakan projektor
di negara lain, pastikan anda membeli dan
menggunakan kord kuasa yang sesuai dengan
voltan negara tersebut. Pastikan juga anda
peka kepada Piawaian Keselamatan yang
terpakai di negara itu.
Apabila hendak keluar, pastikan
projektor berada di lokasi yang jauh
daripada binatang peliharaan dan
binatang lain, dan cabutkan palam
kuasa dari salur keluar kuasa. Kord
kuasa yang rosak kerana dikunyah
boleh menyebabkan litar pintas, dan
mengakibatkan risiko kebakaran.
Air dan bahan asing
Jangan sekali-kali membiarkan
projektor terkena air. Air mengakibatkan
risiko kebakaran dan renjatan elektrik.
Jangan sekali-kali meletakkan pasu
atau bekas air yang lain di atas
projektor. Air mengakibatkan risiko
kebakaran dan renjatan elektrik.
Air atau cecair lain, atau bahan asing
(logam, dsb) yang memasuki projektor
mengakibatkan risiko kebakaran dan
renjatan elektrik. Jika sesuatu benda
termasuk ke dalam projektor, lakukan
langkah-langkah berikut dengan
segera.
1.
Matikan projektor.
2.
Cabut palam projektor.
3.
Hubungi penjual asal atau pusat servis CASIO
yang bertauliah.
-
+
-
1.
Matikan projektor.
2.
Cabut palam projektor.
3.
Hubungi penjual asal atau pusat servis CASIO
yang bertauliah.
"
-
+
%
%