User Manual

Table Of Contents
6
Langkah-Langkah Keselamatan
Langkah Berjaga-Jaga Semasa
Penggunaan
Pengawasan orang dewasa diperlukan
apabila adanya kanak-kanak kecil dan
khususnya apabila ada kemungkinan
kanak-kanak kecil bersentuhan
dengan projektor.
Asap, bau, haba, dan perkara lain yang
tidak normal
Jika anda perasan terdapat asap, bau
yang pelik, atau apa saja yang tidak
normal, berhenti menggunakan
projektor dengan serta-merta.
Penggunaan yang berterusan
mengakibatkan risiko kebakaran dan
renjatan elektrik. Lakukan
langkah-langkah berikut dengan
segera.
Terima kasih kerana memilih produk CASIO ini. Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah
Keselamatan” ini sebelum menggunakannya. Setelah membaca Panduan Pengguna ini, simpan di
tempat selamat untuk rujukan pada masa hadapan.
Keterangan tentang simbol keselamatan
Pelbagai simbol digunakan di dalam Panduan Pengguna ini dan pada produk itu sendiri untuk
memastikan penggunaan selamat, dan untuk melindungi anda dan orang lain daripada risiko
kecederaan dan kerosakan bahan. Maksud bagi setiap simbol diterangkan di bawah.
Contoh Ikon
*
Bahaya
Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan dengan
cara yang salah, akan mewujudkan risiko kematian atau kecederaan diri yang
serius.
*
Amaran
Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan dengan
cara yang salah, berkemungkinan boleh menimbulkan risiko kematian atau
kecederaan diri yang serius.
*
Awas
Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan dengan
cara yang salah, berkemungkinan boleh menimbulkan risiko kecederaan diri atau
kerosakan bahan.
Segi tiga menunjukkan situasi di mana anda perlu berhati-hati. Contoh yang ditunjukkan di
sini menunjukkan anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan renjatan
elektrik.
!
Bulatan dengan satu garisan merentasinya menunjukkan maklumat tentang sesuatu tindakan
yang anda tidak harus lakukan. Tindakan spesifik ini ditunjukkan oleh rajah di dalam bulatan
itu. Contoh yang ditunjukkan di sini bermakna nyahpemasangan adalah dilarang.
$
Bulatan hitam menunjukkan maklumat tentang tindakan yang mesti anda lakukan. Tindakan
spesifik ini ditunjukkan oleh rajah di dalam bulatan itu. Contoh yang ditunjukkan di sini
menunjukkan anda mesti mencabut kord kuasa dari salur keluar kuasa.
Amaran
*
1.
Cabut palam projektor.
2.
Hubungi penjual asal atau pusat servis CASIO
yang bertauliah.
-