User Manual

Table Of Contents
51
Lampiran
Kuasa boleh dibekalkan ke peralatan luaran melalui port USB-A/DC 5V projektor model XJ-UT311WN,
XJ-UT351WN atau melalui port DC 5V projektor model XJ-UT331X, XJ-UT351W.
Mematikan kuasa projektor juga akan memutuskan kuasa yang sedang dibekalkan ke
kelengkapan luaran. Ambil perhatian bahawa kuasa yang dibekalkan juga diputuskan apabila
projektor dimatikan kerana mula semula dengan sendirinya melalui fungsi periksa sendiri atau
Kuasa Mati Sendiri, disebabkan oleh sesetengah ralat, atau untuk sebarang sebab lain.
Bergantung pada kelengkapan luaran yang sedang digunakan, bekalan kuasa yang putus
boleh menyebabkan data yang sedang di edit untuk hilang atau rosak. Jadikan kebiasaan
untuk menyimpan data dengan kerap dalam kelengkapan luaran yang dikuasakan oleh
projektor.
Kuasa projektor yang dimatikan oleh Mati Kuasa Auto (halaman 35) juga menyebabkan kuasa
ke peralatan luaran diputuskan. Sebelum memulakan bekalan kuasa ke peralatan luaran,
pastikan “Mati” dipilih untuk seting “Seting Opsyen 1 3 Mati Kuasa Auto” untuk
menyahdayakan Mati Kuasa Auto.
Untuk senarai peralatan luaran yang operasinya telah disahkan semasa dikuasakan oleh
projektor, kunjungi laman web projektor CASIO (http://world.casio.com/faq/projector/).
Operasi yang betul tidak dijamin untuk peranti luaran yang tidak disertakan dalam senarai di
laman web projektor CASIO.
Walaupun kuasa sehingga 5V DC 2A boleh dibekalkan kepada peranti lain yang tiada dalam
tapak web CASIO, ambil perhatian bahawa tindakan sedemikian mungkin menyebabkan
sesetengah fungsi tidak tersedia pada sesetengah peranti. Sebelum menggunakan output
daripada port ini untuk membekalkan kuasa pada peranti lain, pastikan anda memeriksa
dokumen pengguna bagi peranti dan juga memastikan anda menyambungnya dengan betul.
Penjagaan khusus diperlukan apabila menyambungkan bateri boleh dicas kepada bekalan
kuasa port USB projektor ini. Sambungan yang salah akan mewujudkan risiko letupan,
kebakaran dan asap.
Ambil perhatian bahawa CASIO COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan data yang disimpan pada
peranti luaran yang disambungkan kepada bekalan kuasa port USB projektor ini atau untuk
sebarang kerosakan, penjanaan asap atau kebakaran yang berlaku pada peranti yang
disambungkan.
Untuk mengosongkan tayangan dan pada masa yang sama mengekalkan bekalan kuasa
daripada projektor ke peralatan luaran, tekan kunci [BLANK]. Untuk maklumat lanjut, lihat
“Kosongkan imej dan bisukan audio buat sementara (BLANK)” (halaman 24).
Membekalkan Kuasa ke Peralatan Luaran