User Manual
Table Of Contents
- Kandungan
- Langkah-Langkah Keselamatan
- Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian
- Bersedia
- Mengendalikan Projektor
- Operasi Imej dan Audio Asas Semasa Tayangan
- Anjakan Skrin Digital
- Tayangan Corak Ujian
- Mengubah Input Audio
- Kunci Panel Kawalan
- Mengkonfigurasikan ID Kawalan Jauh dan Tetapan ID Projektor
- Menggunakan Pemasa Pembentangan (TIMER)
- Menggunakan Menu Persediaan (MENU)
- Perlindungan Kata Laluan
- Menayangkan dari Input USB (Model Rangkaian Sahaja)
- Menayang Imej Skrin Kalkulator Graf
- Membersihkan Projektor
- Penyelesaian Masalah
- Lampiran
- Spesifikasi
50
Cuba lakukan langkah-langkah berikut, yang mungkin akan atau mungkin tidak akan
mengembalikan projektor kepada operasi biasa.
Jika projektor tidak kembali beroperasi seperti biasa setelah anda melakukan langkah-langkah
di atas, bawa projektor kepada penjual anda atau pusat servis CASIO yang bertauliah.
Teks kabur. Imej mungkin tidak difokuskan dengan betul. Laraskan fokus imej.
Seting frekuensi dan/atau fasa semasa tidak sepadan dengan isyarat input.
(Terpakai hanya apabila sumber input ialah isyarat RGB.) Tekan kunci [AUTO]
untuk melaksanakan operasi pelarasan automatik.
Pada menu persediaan, lakukan pelarasan “Pelarasan Imej 2 Frekuensi” dan
“Pelarasan Imej 2 Fasa”. (Terpakai hanya apabila sumber input ialah isyarat
RGB.)
Mesej “Sila masukkan kata
laluan.” muncul dan
operasi selanjutnya tidak
dapat dilakukan.
Seting “Seting Opsyen 1 Hidup Kuasa dengan Kata Laluan” pada menu persediaan
dihidupkan, jadi projektor dilindungi kata laluan. Masukkan kata laluan yang betul,
dan kemudian tekan kunci [ENTER]. Lihat halaman 38. Jika anda tidak dapat
memasukkan kata laluan dengan kekunci alat kawalan jauh, lihat “Alat kawalan jauh
tidak berfungsi.” di bawah.
Alat kawalan jauh tidak
berfungsi.
Bateri alat kawalan jauh mungkin telah habis. Gantikan bateri.
Alat kawalan jauh mungkin terlalu jauh dari projektor. Pastikan alat kawalan jauh
berada dalam lingkungan lima meter dari projektor apabila melakukan operasi.
ID kawalan jauh dan ID projektor mungkin tidak sepadan. Ubah kedua-dua ID
supaya ia sama atau ubah satu daripada ID kepada “Semua”. Untuk maklumat
lanjut, lihat “Mengkonfigurasikan ID Kawalan Jauh dan Tetapan ID Projektor”
(halaman 30).
Penunjuk TEMP atau
LIGHT sedang berkelip
atau menyala.
Ralat telah berlaku. Lihat “Petunjuk Ralat dan Mesej Amaran” (halaman 47).
Unit sumber cahaya tidak
menyala.
Sumber cahaya telah dimatikan buat sementara dengan menekan kunci [BLANK].
Tekan kunci [BLANK] atau [ESC].
Unit sumber cahaya telah sampai ke penghujung hayat perkhidmatan atau
mengalami malfungsi. Hubungi penjual asal atau pusat servis CASIO yang
bertauliah untuk penggantian.
Kuasa tiba-tiba mati dan
projektor mula semula.
Projektor melakukan operasi pemeriksaan kendiri secara berkala. Dalam kes yang
jarang berlaku, hasil daripada pemeriksaan kendiri mungkin menyebabkan projektor
bermula semula secara automatik. Ini pada kebiasaannya tidak menunjukkan
malfungsi, jadi anda boleh terus menggunakan projektor.
Walau bagaimanapun, malfungsi mungkin ditunjukkan jika permulaan semula yang
berturutan terus berlaku. Jika ini berlaku hubungi pengedar asal anda atau pusat
servis CASIO yang bertauliah.
1. Cabut palam kord kuasa AC dan tunggu sekurang-kurangnya 10 minit.
2. Pasangkan kord kuasa kembali dan hidupkan kembali projektor.
Masalah Penyebab dan Saranan Tindakan