User Manual
Table Of Contents
- Kandungan
- Langkah-Langkah Keselamatan
- Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian
- Bersedia
- Mengendalikan Projektor
- Operasi Imej dan Audio Asas Semasa Tayangan
- Anjakan Skrin Digital
- Tayangan Corak Ujian
- Mengubah Input Audio
- Kunci Panel Kawalan
- Mengkonfigurasikan ID Kawalan Jauh dan Tetapan ID Projektor
- Menggunakan Pemasa Pembentangan (TIMER)
- Menggunakan Menu Persediaan (MENU)
- Perlindungan Kata Laluan
- Menayangkan dari Input USB (Model Rangkaian Sahaja)
- Menayang Imej Skrin Kalkulator Graf
- Membersihkan Projektor
- Penyelesaian Masalah
- Lampiran
- Spesifikasi
49
Periksa item berikut apabila anda mengalami sebarang masalah dengan projektor.
Penyelesaian Masalah Projektor
Masalah Penyebab dan Saranan Tindakan
Kuasa tidak hidup. Jika penunjuk POWER/STANDBY tidak menyala, kord kuasa AC tidak bersambung
dengan betul. Sambungkan kord kuasa AC dengan betul.
Jika penunjuk TEMP atau LIGHT terus berkelip atau menyala, ini bermakna
terdapat ralat yang telah berlaku. Lihat “Petunjuk Ralat dan Mesej Amaran”
(halaman 47).
Tiada imej ditayangkan
atau imej yang
ditayangkan tidak normal.
Peranti komputer atau video yang bersambung kepada projektor tidak dihidupkan
atau tidak mengeluarkan isyarat video. Pastikan peranti komputer atau video yang
bersambung dihidupkan, dan lakukan operasi yang diperlukan padanya untuk
mengeluarkan isyarat video.
Sumber output yang betul tidak dipilih pada projektor. Pada projektor, pilih sumber
input yang betul yang berpadanan dengan peranti yang bersambung.
Imej mungkin tidak ditayangkan dengan betul apabila terminal output komponen
peranti video disambungkan dengan terminal COMPUTER IN (1 atau 2) projektor.
Sambungkan ke terminal VIDEO atau S-VIDEO.
Warna atau paparan imej
sangat tidak normal.
Pilihan yang salah (“Komponen” atau “RGB”) mungkin dipilih untuk tetapan
“Seting Input Terminal KOMPUTER1 (atau Terminal KOMPUTER2)” pada menu
persediaan. Imej tidak akan ditayangkan dengan betul jika “Komponen” dipilih
semasa terminal COMPUTER IN (1 atau 2) projektor disambungkan ke terminal output
RGB komputer, atau jika “RGB” dipilih semasa terminal COMPUTER IN (1 atau 2)
projektor disambungkan ke terminal output video komponen peranti video. Pada
menu persediaan, pilih “Auto” untuk tetapan “Seting Input Terminal KOMPUTER1
(atau Terminal KOMPUTER2)”.
Saya tidak dapat
memahami mesej atau
menu kerana bahasanya
salah.
Lakukan operasi berikut untuk memilih bahasa yang anda mahu.
1. Tekan kunci [MENU] atau untuk memaparkan menu persediaan.
2. Jika isyarat input ialah HDMI (PC), tekan [] empat kali dan tekan kunci [ENTER].
Jika isyarat input bukan HDMI (PC), tekan [] lima kali dan tekan kunci [ENTER].
3. Tekan [] dua kali dan kemudian tekan kunci [ENTER] untuk memaparkan menu
pemilihan bahasa.
4. Gunakan kunci [] dan [] untuk menggerakkan penyerlah ke bahasa yang anda
mahu pilih dan kemudian tekan kunci [ENTER].
5. Tekan kunci [MENU] untuk keluar daripada menu persediaan.
Tiada bunyi Seting aras kelantangan projektor mungkin terlalu rendah atau disenyapkan.
Gunakan kekunci alat kawalan jauh [VOLUME +] dan [VOLUME –] untuk
melaraskan aras kelantangan.
Seting aras kelantangan peranti yang bersambung kepada projektor terlalu rendah
atau peranti lain tidak mengeluarkan audio. Laraskan aras kelantangan peranti
yang bersambung.
Output audio peranti audio yang disambungkan ke terminal input audio ditetapkan
kepada sumber input yang sedang ditayangkan mungkin tidak disambungkan
dengan betul. Untuk maklumat lanjut, lihat “Butiran Sumber Input” (halaman 26)
dan “Mengubah Input Audio” (halaman 29).
“Talian” mungkin dipilih untuk tetapan “Seting Opsyen 2 Audio Keluar” pada
menu persediaan. Tukar seting “Audio Keluar” ke “Pmbsr Sra”.
Warna janggal Isyarat input mungkin tidak sepadan dengan seting projektor. Cuba lakukan perkara
berikut.
– Tekan kunci [FUNC] dan kemudian pilih “Kecerahan” untuk melaraskan kecerahan
imej.
– Tekan kunci [FUNC] dan kemudian pilih “Mod Warna” untuk menukar mod warna.
– Pada menu persediaan, gunakan “Pelarasan Imej 1 Imbangan Warna” untuk
melaraskan imbangan warna imej tayangan.