User Manual
Table Of Contents
- Kandungan
- Langkah-Langkah Keselamatan
- Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian
- Bersedia
- Mengendalikan Projektor
- Operasi Imej dan Audio Asas Semasa Tayangan
- Anjakan Skrin Digital
- Tayangan Corak Ujian
- Mengubah Input Audio
- Kunci Panel Kawalan
- Mengkonfigurasikan ID Kawalan Jauh dan Tetapan ID Projektor
- Menggunakan Pemasa Pembentangan (TIMER)
- Menggunakan Menu Persediaan (MENU)
- Perlindungan Kata Laluan
- Menayangkan dari Input USB (Model Rangkaian Sahaja)
- Menayang Imej Skrin Kalkulator Graf
- Membersihkan Projektor
- Penyelesaian Masalah
- Lampiran
- Spesifikasi
43
Autojalan secara automatik memulakan main balik fail imej atau fail filem pada pemacu kilat USB
apabila pemacu kilat USB disambungkan ke port USB-A projektor atau jika projektor dihidupkan
ketika pemacu kilat USB disambungkan ke port USB-A. Tetapan menu persediaan yang ditunjukkan
di bawah perlu dikonfigurasi sebelum menggunakan Autojalan.
“Seting Multimedia 3 Autojalan” (halaman 37): Dayakan
“Seting Opsyen 2 3 Pasang dan Main” (halaman 35): Hidup
Autojalan
Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini:
Sediakan Autojalan
pemacu kilat USB
1. Cipta folder yang dinamakan “AUTORUNC” (semua aksara huruf besar bait
tunggal) dalam direktori akar pemacu kilat USB.
2. Masukkan semua fail imej atau fail filem yang anda mahu tayang auto ke dalam
folder yang anda buat dalam langkah 1.
Jika anda mahu auto tayang fail filem, tempatkan hanya satu fail filem ke dalam
folder “AUTORUNC”. Jangan letakkan sebarang fail lain ke dalam folder
tersebut. Jika terdapat kedua-dua fail filem dan fail imej di dalam folder
“AUTORUNC”, fail imej akan diutamakan dan fail filem tidak akan dimainkan.
Berbilang fail imej boleh ditempatkan di dalam folder “AUTORUNC” tanpa
sebarang masalah. Jika ada, operasi di bawah “Tayang fail secara automatik
pada pemacu Kilat USB” di bawah akan memulakan tayangan slaid imej.
Tayang fail secara
automatik pada pemacu
Kilat USB
Jika projektor dihidupkan, pasang pemacu Kilat USB yang anda sediakan di atas ke
dalam port USB-A projektor. Jika projektor dimatikan, pasang pemacu Kilat USB
yang anda sediakan di atas ke dalam port USB-A projektor dan kemudian hidupkan
projektor.
Penyelesaian Masalah Pemapar Fail
Masalah Punca dan Tindakan yang Diperlukan
Pemapar Fail tidak muncul apabila
saya menyambungkan pemacu
kilat USB ke port USB-A projektor.
Pemacu kilat USB yang anda sambungkan mungkin mempunyai format
yang tidak dikenali oleh projektor.
Jika “Mati” dipilih untuk tetapan “Seting Opsyen 2 3 Pasang dan Main”
(halaman 35), Pemapar Fail tidak akan bermula secara automatik
walaupun pemacu kilat USB disambungkan ke port USB-A projektor. Jika
ini berlaku, tukar seting “Pasang dan Main” ke “Hidup”.
Beberapa folder dan/atau fail tidak
dipaparkan dalam menu fail.
Semua folder dan/atau fail yang terkandung dalam folder tidak akan
dipaparkan jika terdapat lebih daripada 999 folder dan/atau fail dalam folder.
Jika ini berlaku, kurangkan bilangan folder dan/atau fail dalam folder.
Apabila saya menyambungkan
kamera digital saya ke projektor
melalui USB, kandungan memori
kamera digital tidak kelihatan.
Seting kelas storan massa USB kamera digital mungkin tidak dikonfigurasi
dengan betul, atau anda mungkin perlu melakukan beberapa operasi pada
kamera. Rujuk dokumentasi pengguna kamera digital anda untuk
maklumat mengenai seting dan operasi yang diperlukan.
Kamera digital mungkin tidak menyokong kelas storan massa USB. Jika
tidak disokong, anda tidak akan dapat menggunakan Pemapar untuk
melihat kandungan memori kamera digital.
Pada menu fail Mod Slaid, tanda
soal (?) muncul menggantikan
lakaran kecil.
Tanda soal dipaparkan menggantikan lakaran kecil imej yang tidak boleh
ditayang oleh Pemapar Fail.