User Manual

Table Of Contents
37
Seting Multimedia 3
Autojalan
Tetapkan sama ada mahu menggunakan (Dayakan*) atau tidak menggunakan
(Nyahdayakan) fungsi auto jalan. Untuk butiran, lihat “Autojalan” (halaman 43).
Seting Multimedia 3
Fungsi (F)
Memaparkan menu yang sama (Menu Fungsi) yang muncul apabila kunci [FUNC]
alat kawalan jauh ditekan.
Seting Rangkaian 3
Info LAN berwayar
Menunjukkan maklumat mengenai status sambungan LAN berwayar semasa (alamat
IP, seting DHCP, dsb.)
Seting Rangkaian 3
Info LAN wayarles
Menunjukkan maklumat tentang sambungan LAN wayarles semasa (alamat IP,
seting DHCP, seting keselamatan, status sambungan dengan titik capaian luaran,
dsb.)
Seting Rangkaian 3
Seting LAN Berwayar
Projektor
Konfigurasikan seting alamat IP.
Seting Rangkaian 3
Seting LAN Wayarles
Projektor
Memaparkan kotak dialog untuk memilih SSID dan menetapkan alamat IP untuk
digunakan apabila projektor digunakan sebagai titik capaian LAN wayarles.
Seting Rangkaian 3
Kawalan Jauh Hidup
Tentukan sama ada projektor boleh dihidupkan atau tidak melalui LAN berwayar
semasa projektor berada dalam tunggu sedia (projektor dimatikan dengan kuasa
sedang dibekalkan).
Dayakan: Kawalan jauh yang dihidupkan didayakan.
Nyahdayakan*: Kawalan jauh yang dihidupkan dinyahdayakan.
Penggunakan tenaga tunggu sedia projektor bergantung kepada sama ada
“Kawalan Jauh Hidup” didayakan. Untuk maklumat tentang penggunaan kuasa
dalam setiap keadaan tunggu sedia, lihat “Spesifikasi” (halaman 60).
Seting Rangkaian 3
Pengesahan PJLink
Dayakan dan nyahdayakan pengesahan sambungan PJLink. Seting lalai awal:
Dayakan.
Seting Rangkaian 3
Kemas kini Seting
Rangkaian
Pantulan pada perubahan projektor dilakukan untuk “Seting LAN Wayarles
Projektor”.
Seting Rangkaian 3
Mengasal Seting
Rangkaian
Mengembalikan seting rangkaian kepada lalai kilang asalnya.
Info Operasi Memaparkan maklumat projektor di bawah.
Isyarat Input, Nama Isyarat, Resolusi, Frekuensi Melintang, Frekuensi Menegak,
Sistem Imbasan, Input Audio, ID Projektor, Masa Nyala, Versi (versi ROM projektor)
Pulihkan Semua Lalai 3
Masa Operasi Unit
Paparkan masa operasi terkumpul unit ini.
Masa ini tidak boleh diasalkan.
Pulihkan Semua Lalai 3
Pulihkan Semua Lalai
Asalkan semua seting item Menu Persediaan, kecuali yang di bawah.
Seting Opsyen 1 3 Bahasa, Seting Opsyen 1 3 Hidup Kuasa dengan Kata Laluan,
Info Operasi 3 Masa Nyala, Info Operasi 3 Versi,
Pulihkan Semua Lalai 3 Masa Operasi Unit
Imej logo pengguna yang telah dipindahkan ke projektor (halaman 52) tidak
dipadamkan oleh operasi “Pulihkan Semua Lalai”.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: