User Manual

Table Of Contents
34
Seting Skrin 3
Mod Tayangan
Nyatakan sama ada tayangan akan berlangsung dari hadapan atau belakang skrin.
Hadapan*: Pilih pilihan ini untuk menayang dari hadapan skrin.
Belakang: Pilih pilihan ini untuk menayang dari belakan skrin. Seting ini
menerbalikkan imej hadapan yang ditayangkan secara melintang.
Seting Skrin 3
Lekapan Siling
Sediakan projektor di kedudukan terbalik untuk dilekapkan pada dinding.
Hidup: Pilih apabila projektor berada di kedudukan terbalik untuk dilekapkan pada
dinding. Oleh kerana bahagian bawah projektor menghadap ke atas, imej
yang ditayangkan diterbalikkan secara melintang dan menegak.
Mati*: Pilih apabila projektor digunakan sebagai desktop. Ini akan menayangkan
imej dengan anggapan bahawa bahagian atas projektor menghadap ke atas.
Seting Skrin 3
Tiada Skrin Signal
Pilih satu daripada berikut sebagai imej tayangan apabila tiada isyarat input
dimasukkan ke dalam projektor: “Biru”* (skrin biru), “Hitam” (skrin hitam), “Logo”
(logo terbina dalam projektor, atau logo pengguna, halaman 52), “Corak Ujian”.
Ambil perhatian juga bahawa memilih “Corak Ujian” untuk item ini akan
menyebabkan Mati Kuasa Auto dinyahdayakan sementara corak ujian ditayangkan
apabila tiada isyarat.
Seting Skrin 3
Skrin Kosong
Pilih satu daripada perkara berikut sebagai imej tayangan apabila kunci [BLANK]
ditekan: “Biru”* (skrin biru), “Hitam” (skrin hitam), “Logo” (logo terbina dalam
projektor, atau logo pengguna, halaman 52), “Corak Ujian”.
Seting Skrin 3
Anjakan Skrin Digital
Lihat “Anjakan Skrin Digital” (halaman 28).
Seting Skrin 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan semua item dalam “Seting Skrin” menu utama ke lalai awalnya untuk
sumber imej semasa yang ditayangkan.
Seting Input 3
Terminal KOMPUTER1/
Terminal KOMPUTER2 (RC)
Tentukan kaedah untuk digunakan bagi mengenal pasti isyarat input terminal
COMPUTER IN 1/COMPUTER IN 2.
Auto*: Projektor mengenal pasti isyarat input terminal COMPUTER IN 1/
COMPUTER IN 2 secara automatik.
RGB: Sentiasa menganggap bahawa isyarat input terminal COMPUTER IN 1/
COMPUTER IN 2 ialah isyarat RGB.
Komponen: Sentiasa menganggap bahawa isyarat input terminal COMPUTER IN 1/
COMPUTER IN 2 ialah isyarat video komponen.
Seting Input 3
Laras Tahap RGB1/Laras
Tahap RGB2 (R)
“Laras Tahap RGB1” berpadanan dengan input isyarat RGB dari terminal
COMPUTER IN 1, manakala “Laras Tahap RGB2” berpadanan dengan input isyarat
RGB dari terminal COMPUTER IN 2. Menetapkan sama ada paras pelarasan isyarat
RGB input didayakan (Hidup*) atau dinyahdayakan (Mati). Meninggalkan seting ini
“Hidup” akan biasanya mengoptimumkan imej yang ditayangkan. Namun,
bergantung kepada isyarat input, mungkin terdapat kes di mana seting ini tidak
mengoptimumkan imej dan malah mungkin mengherotkannya. Jika ini berlaku, tukar
seting kepada “Mati”.
Seting Input 3
Isyarat Video (V)
Seting Input 3
Isyarat S-Video (V)
Tentukan kaedah untuk digunakan bagi mengenal pasti isyarat input terminal VIDEO.
Auto*: Projektor mengenalpasti isyarat input video secara automatik.
NTSC, NTSC4.43, PAL, PAL-M, PAL-N, PAL60, SECAM:
Sentiasa anggap bahawa isyarat input video ialah jenis isyarat video yang
dinyatakan.
Seting Input 3
Penunjuk Nama Isyarat
Tetapkan sama ada jenis isyarat input yang baru dipilih harus dipaparkan (Hidup*)
atau tidak dipaparkan (Mati) apabila kunci [INPUT] ditekan untuk menukar isyarat
input.
Seting Input 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan semua item dalam “Seting Input” menu utama ke lalai awalnya untuk
sumber imej semasa yang ditayangkan.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini:
C