User Manual

Table Of Contents
23
Operasi projektor dilakukan menggunakan alat kawalan jauh yang dibekalkan bersamanya. Halakan
pemancar isyarat alat kawalan jauh pada salah satu penerima isyarat pada projektor apabila anda
melakukan operasi kekunci alat kawalan jauh. Julat maksimum isyarat alat kawalan jauh ialah kira-kira
5 meter (antara pemancar dan penerima isyarat).
Untuk mengelakkan kehabisan bateri, simpan unit alat kawalan jauh agar kekuncinya tidak
ditekan secara tidak sengaja.
Spesifikasi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Alat Kawalan Jauh
Pemancar isyarat alat kawalan jauh
Mematikan atau menghidupkan kuasa.
Tekan untuk keluar dari menu yang sedang dipaparkan atau
untuk membatalkan operasi.
Kekunci yang digunakan untuk menetapkan ID kawalan jauh.
Lihat “Mengkonfigurasikan ID Kawalan Jauh dan Tetapan ID
Projektor” (halaman 30).
Gunakan kekunci kursor ([][][][]) untuk bergerak antara
item menu dan untuk mengubah nilai tetapan. Tekan kunci
[ENTER] untuk memilih item menu atau untuk melaksanakan
fungsi.
Tekan setiap kekunci ini untuk melaksanakan fungsinya. Untuk
maklumat tentang fungsi setiap kekunci, lihat “Operasi Imej
dan Audio Asas Semasa Tayangan” (halaman 24),
“Menggunakan Pemasa Pembentangan (TIMER)”
(halaman 30) dan “Menggunakan Menu Persediaan (MENU)”
(halaman 32).
Kunci-kunci ini digunakan dengan model rangkaian sahaja. La
digunakan terutamanya untuk operasi tayangan Pemapar Fail
(halaman 39).
D