User Manual
Table Of Contents
- Kandungan
- Langkah-Langkah Keselamatan
- Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian
- Bersedia
- Mengendalikan Projektor
- Operasi Imej dan Audio Asas Semasa Tayangan
- Anjakan Skrin Digital
- Tayangan Corak Ujian
- Mengubah Input Audio
- Kunci Panel Kawalan
- Mengkonfigurasikan ID Kawalan Jauh dan Tetapan ID Projektor
- Menggunakan Pemasa Pembentangan (TIMER)
- Menggunakan Menu Persediaan (MENU)
- Perlindungan Kata Laluan
- Menayangkan dari Input USB (Model Rangkaian Sahaja)
- Menayang Imej Skrin Kalkulator Graf
- Membersihkan Projektor
- Penyelesaian Masalah
- Lampiran
- Spesifikasi
15
Jika imej muncul semula dengan mesej ralat, betulkan masalah ini mengikut penerangan petunjuk di
bawah “Petunjuk Ralat dan Mesej Amaran” (halaman 47).
Gunakan salur keluar kuasa berhampiran projektor. Sentiasa gunakan projektor
supaya kord kuasa boleh dicabut palamnya dengan mudah.
Penyesuai Wayarles YW-40 (disertakan atau dibeli secara berasingan) menyokong
jalur 2.4GHz sahaja.
Pembetulan Pepasak dan Kualiti Imej
Melakukan pembetulan pepasak menyebabkan imej dimampatkan sebelum ia ditayangkan. Ini boleh
mengakibatkan berlaku herotan pada imej atau pengurangan kualiti imej. Jika ini berlaku, tukar
orientasi projektor dan/atau skrin supaya ia mematuhi ilustrasi di bawah “Menyediakan Projektor”
(halaman 19).
Jika kualiti imej merupakan keutamaan tertinggi, matikan pembetulan pepasak dan tetapkan
kedudukan projektor supaya ia tertumpu terus ke skrin.
Walaupun sekiranya projektor anda masih dalam tempoh waranti, anda akan dikenakan bayaran
untuk membaik pulih jika masalah disebabkan oleh penggunaan projektor tanpa henti dalam jangka
masa yang panjang (seperti 24 jam) atau jika projektor disediakan dan digunakan tanpa mengikut
“Langkah Berjaga-Jaga Persediaan” (halaman 19).
Penggunaan di dalam keadaan suhu persekitaran yang tinggi atau persekitaran yang terdedah
kepada habuk, asap minyak, asap tembakau, atau asap lain yang banyak boleh memendekkan
kitaran penggantian dan memerlukan penggantian enjin optikal dan komponen lain yang lebih
kerap. Sila ambil perhatian bahawa anda akan dikenakan bayaran untuk penggantian seperti itu.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kitaran penggantian dan yuran, hubungi pusat servis
CASIO yang bertauliah.
Pemeluwapan
Memindahkan projektor dari bilik sejuk ke bilik panas, menghidupkan pemanas dalam bilik sejuk, dan
keadaan serupa yang lain boleh menyebabkan pemeluwapan (berkabus) untuk berlaku pada lensa
projektor dan/atau di dalam projektor, yang akan menjadikan imej yang dipancarkan kelihatan tidak
fokus dan boleh menyebabkan malfungsi dan masalah lain. Jika ini berlaku, matikan projektor dan
tunggu sebentar sehingga pemeluwapan itu hilang sendiri. Apabila ia hilang, anda boleh pancarkan
imej seperti biasa.
Bekalan Kuasa ke Peralatan Luaran
Mematikan kuasa projektor juga akan memutuskan kuasa yang sedang dibekalkan ke kelengkapan
luaran. Ambil perhatian bahawa kuasa yang dibekalkan juga diputuskan apabila projektor dimatikan
kerana mula semula dengan sendirinya melalui fungsi periksa sendiri atau Kuasa Mati Sendiri,
disebabkan oleh sesetengah ralat, atau untuk sebarang sebab lain. Bergantung pada kelengkapan
luaran yang sedang digunakan, bekalan kuasa yang putus boleh menyebabkan data yang sedang di
edit untuk hilang atau rosak. Jadikan kebiasaan untuk menyimpan data dengan kerap dalam
kelengkapan luaran yang dikuasakan oleh projektor. Ambil perhatian bahawa CASIO COMPUTER
CO., LTD. tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan data.
Bolong ekzos projektor dan kawasan sekitar bolong menjadi
sangat panas semasa beroperasi, dan akan masih panas sebaik
saja projektor dimatikan. Oleh itu, anda perlu memegang projektor
seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi apabila mengalihnya.
Langkah Berjaga-Jaga apabila Mengendalikan
Projektor selepas Digunakan
D