MS PROJEKTOR DATA XJ-UT331X/XJ-UT311WN*/ XJ-UT351W/XJ-UT351WN* *Model Rangkaian Panduan Pengguna Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan” dan “Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian” dalam dokumen “Baca ini terlebih dahulu” dan pastikan anda mengguna produk ini dengan betul. Simpan manual ini di tempat selamat untuk rujukan pada masa hadapan. Lawati laman di bawah untuk versi terkini manual ini. http://world.casio.
DLP ialah tanda dagangan berdaftar Texas Instruments Amerika Syarikat. Microsoft dan Windows ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. HDMI, Logo HDMI dan High-Definition Multimedia Interface ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar HDMI Licensing, LLC. PJLink ialah tanda dagangan menunggu atau tanda dagangan berdaftar di Jepun, Amerika Syarikat, dan negara dan kawasan lain.
Kandungan Langkah-Langkah Keselamatan.................................... 6 Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian ......................... 12 Perihal Unit Sumber Cahaya ................................................................12 Pancaran Cahaya Projektor..................................................................12 Langkah Berjaga-Jaga Bagi Laser dan Suhu Tinggi (Lihat label pada projektor)...................................................................13 Langkah Berjaga-Jaga Yang Lain ........
Mengkonfigurasikan ID Kawalan Jauh dan Tetapan ID Projektor........30 Menggunakan Pemasa Pembentangan (TIMER)..................................30 Untuk memaparkan pemasa.................................................................................... 30 Untuk memaparkan menu fungsi pemasa................................................................ 30 Untuk mengkonfigurasi seting pemasa .................................................................... 31 Operasi Pemasa .............................
Lampiran ........................................................................ 51 Membekalkan Kuasa ke Peralatan Luaran ...........................................51 Mengemas kini Perisian Tegar dan Memindahkan Logo Pengguna ....52 Melekapkan Projektor pada Dinding ....................................................52 Menggunakan Terminal MONITOR OUT..............................................53 Jarak Tayangan dan Saiz Skrin ............................................................
Langkah-Langkah Keselamatan Terima kasih kerana memilih produk CASIO ini. Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan” ini sebelum menggunakannya. Setelah membaca Panduan Pengguna ini, simpan di tempat selamat untuk rujukan pada masa hadapan. Keterangan tentang simbol keselamatan Pelbagai simbol digunakan di dalam Panduan Pengguna ini dan pada produk itu sendiri untuk memastikan penggunaan selamat, dan untuk melindungi anda dan orang lain daripada risiko kecederaan dan kerosakan bahan.
Malfungsi • Jangan sekali-kali meletakkan objek berat di atas kord kuasa dan jangan sekali-kali mendedahkannya kepada haba. • Pastikan kord kuasa tidak terjepit di antara dinding dan rak atau meja di mana projektor ditempatkan, dan jangan sekali-kali menutup kord kuasa dengan kusyen atau objek lain. • Jangan sekali-kali cuba ubah suai kord kuasa, membiarkannya rosak, atau membengkokkannya secara keterlaluan. • Jangan memulas kord kuasa atau menariknya.
Penyahpasangan dan pengubahsuaian Pancaran cahaya projektor ! - Jangan sekali-kali cuba merungkas atau ubah suai projektor dengan apa jua cara. Projektor mengandungi banyak komponen bervoltan tinggi yang mengakibatkan risiko renjatan elektrik dan kecederaan terbakar. Dan, sila ambil perhatian bahawa masalah yang disebabkan oleh penyahpasangan atau pengubahsuaian projektor yang tidak dibenarkan tidak dilindungi oleh waranti dan tidak layak untuk diperbaiki oleh CASIO.
Kabinet projektor ’ Lokasi yang tidak stabil - Jangan sekali-kali buka kabinet projektor. Berbuat demikian mengakibatkan risiko renjatan elektrik. Membersihkannya $ Sebelum membersihkan projektor, pastikan ia dimatikan dan cabut palamnya dari salur keluar kuasa. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan risiko renjatan elektrik. Jangan sekali-kali tempatkan projektor di atas permukaan tidak stabil atau di rak tinggi.
• Jika anda menggunakan perentak jantung atau sebarang peranti perubatan elektronik lain, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor anda atau pengeluar peranti sebelum menggunakan produk ini. Semasa tayangan, pastikan tiada apa di hadapan lensa yang mengadang cahaya. Jangan gunakan semburan gas mudah terbakar di kawasan berdekatan Kesan lensa - Objek di hadapan lensa mengakibatkan risiko kebakaran.
Magnetisme * Amaran Penyalahgunaan bateri boleh menyebabkannya bocor dan meninggalkan kesan kotoran di kawasan sekitarnya, atau meletup, mengakibatkan risiko kebakaran dan kecederaan diri. Pastikan anda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut. • Jangan sekali-kali cuba merungkas bateri dan jangan biarkan berlaku pintasan pada bateri itu. • Jangan sekali-kali dedahkan bateri kepada haba atau buangkannya ke dalam api. • Jangan sekali-kali campurkan bateri lama dengan yang baru.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian Perihal Unit Sumber Cahaya Unit sumber cahaya projektor menggunakan laser dan LED. Jangka hayat unit sumber cahaya dikadarkan lebih kurang 20,000 jam. Jangka hayat sebenar bergantung kepada keadaan, seting yang dikonfigurasikan pada menu persediaan, dan perbezaan antara setiap unit sumber cahaya. Unit sumber cahaya dijamin untuk jangka masa yang dinyatakan di dalam sijil waranti atau selama 6,000 jam, mana-mana yang berlaku dahulu.
Langkah Berjaga-Jaga Bagi Laser dan Suhu Tinggi (Lihat label pada projektor) Langkah Berjaga-Jaga Bagi Laser Label Bukan- A.S. : Projektor ini ialah peranti laser Kelas 1 yang mematuhi IEC 60825-1: 2014. Label A.S. : Projektor ini ialah peranti laser Kelas 2 yang mematuhi IEC 60825-1: 2007. Projektor ini mempunyai modul laser terbina dalam. Penyahpasangan atau pengubahsuaian adalah sangat berbahaya dan tidak seharusnya dicuba.
Langkah Berjaga-Jaga Yang Lain Projektor ini dibuat daripada komponen ketepatan. Kegagalan untuk mengambil langkah berjaga-jaga ini boleh mengakibatkan ketidakupayaan untuk menyimpan data dengan selamat dan malfungsi. Jangan sekali-kali menggunakan atau menyimpan projektor di lokasi berikut. Berbuat demikian mengakibatkan risiko malfungsi dan kerosakan pada projektor.
Jika imej muncul semula dengan mesej ralat, betulkan masalah ini mengikut penerangan petunjuk di bawah “Petunjuk Ralat dan Mesej Amaran” (halaman 47). Gunakan salur keluar kuasa berhampiran projektor. Sentiasa gunakan projektor supaya kord kuasa boleh dicabut palamnya dengan mudah. Penyesuai Wayarles YW-40 (disertakan atau dibeli secara berasingan) menyokong jalur 2.4GHz sahaja. Pembetulan Pepasak dan Kualiti Imej Melakukan pembetulan pepasak menyebabkan imej dimampatkan sebelum ia ditayangkan.
Bersedia Mengeluarkan Semasa anda mengeluarkan projektor, semak untuk memastikan semua item yang tersenarai di bawah disertakan.
6. Tekan kekunci [P] untuk menghidupkan projektor. Apabila anda menghidupkan projektor buat pertama kali, tetingkap “Bahasa” akan muncul di bahagian tengah skrin tayangan. Pilih bahasa yang anda mahu. 7. Gunakan kekunci [INPUT] untuk memilih sumber input. “Pilih sumber input. (INPUT)” (halaman 24) 8. Gunakan tuas fokus untuk melaraskan fokus. “Panduan Umum” (halaman 17) 9. Lakukan pembetulan pepasak dan laraskan kecerahan seperti yang diperlukan.
Panel Kawalan dan Penunjuk Kekunci [ENTER] Kekunci [AUTO] Kekunci [INPUT] Kekunci [ON/Stand-byP] Kekunci [MENU] Penunjuk POWER/STANDBY Penunjuk LIGHT Penunjuk TEMP Kekunci [ESC] Penderia kecerahan Kekunci kursor (q/w/U/I) Terminal Terminal LAN (Model rangkaian sahaja) Port USB-A (5V/2A) (XJ-UT311WN, XJ-UT351WN) atau port DC (5V/2A) (XJ-UT331X, XJ-UT351W) Port LOGO Terminal HDMI 2 (XJ-UT351W dan XJ-UT351WN sahaja) Terminal HDMI 1 Terminal AUDIO IN 1 Terminal AU
Menyediakan Projektor Tempatkan projektor di atas meja atau tempat letak yang tegap dan rata. Pastikan anda menyediakan ruang yang mencukupi di bahagian sisi dan belakang projektor untuk pengaliran udara yang sempurna. Ilustrasi di bawah menunjukkan bagaimana projektor harus dihalakan berbanding skrin untuk mendapatkan tayangan optimum. Untuk melaraskan sudut menegak projektor Putarkan kaki tunggal di bahagian hadapan bawah projektor untuk melaraskan sudut menegak projektor dengan tepat.
Menyambung dengan Peranti Luaran Sebelum memulakan tayangan, anda perlu menyambungkan komputer, peranti video dan/atau peranti luaran lain terlebih dahulu ke projektor. Untuk maklumat tentang lokasi terminal yang berkaitan dengan nombor dalam lajur jadual “Terminal Projektor”, lihat “Terminal” (halaman 18). Apabila kabel tidak dibekalkan dengan projektor untuk sambungan, gunakan kabel yang tersedia secara komersial.
Menyambung ke Peranti Input Audio Peranti Lain / Jenis Terminal Terminal Projektor Bentuk Terminal Projektor Kabel Komputer, Peranti Video, Peranti Audio, dsb. / Terminal Keluar Audio , Bicu mini stereo Audio Komputer, Peranti Video, Peranti Audio, dsb. / Terminal Keluar Audio Bicu pin RCA x 2 Palam pin Mikrofon*5 Bicu mini stereo (mikrofon) *5 Mikrofon jenis kuasa palam masuk tidak disokong.
Penutup Disertakan dengan Penyesuai Wayarles YW-40 Walaupun Penyesuai Wayarles YW-40 yang tersedia secara berasingan disertakan dengan penutup antikecurian, ia tidak boleh dipasang pada jenis projektor ini. Untuk melindungi penyesuai wayarles daripada kecurian ketika ia disambungkan ke projektor, gunakan penutup kabel yang disertakan dengan projektor. Memasang dan Menanggalkan Penutup Kabel Sebelum memasang atau menanggalkan penutup kabel, matikan projektor dan cabut palam kuasanya dari salur keluar kuasa.
Alat Kawalan Jauh Operasi projektor dilakukan menggunakan alat kawalan jauh yang dibekalkan bersamanya. Halakan pemancar isyarat alat kawalan jauh pada salah satu penerima isyarat pada projektor apabila anda melakukan operasi kekunci alat kawalan jauh. Julat maksimum isyarat alat kawalan jauh ialah kira-kira 5 meter (antara pemancar dan penerima isyarat). Pemancar isyarat alat kawalan jauh Mematikan atau menghidupkan kuasa.
Mengendalikan Projektor Operasi dalam bahagian ini dilakukan menggunakan alat kawalan jauh, melainkan dinyatakan sebaliknya. Jika kedua-dua projektor dan alat kawalan jauh mempunyai kunci yang sama, mana-mana satu boleh digunakan untuk melakukan operasi yang sama. Operasi Imej dan Audio Asas Semasa Tayangan Senarai Operasi Asas Untuk menamatkan operasi di bawah, tekan kekunci [ESC]. Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Pilih sumber input. (INPUT) 1. Tekan kunci [INPUT]. 2.
Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Melaraskan imej secara automatik (AUTO) 1. Tekan kunci [AUTO]. Ini akan melaraskan frekuensi dan fasa secara automatik mengikut isyarat input, yang boleh mengurangkan kerlipan dan masalah imej lain yang ditayangkan. Operasi ini disokong apabila sumber input ialah Komputer (RGB). Ubah nisbah bidang imej yang ditayangkan (ASPECT) 1. Tekan kunci [ASPECT]. Setiap tekanan kekunci [ASPECT] berpusing antara tetapan nisbah bidang seperti yang ditunjukkan di bawah.
Butiran Tetapan Nisbah Bidang Normal Menayang pada saiz maksimum yang mungkin bagi projektor sambil mengekalkan nisbah bidang isyarat input. Penuh Menayang pada saiz maksimum yang mungkin bagi projektor dengan membesarkan atau mengurangkan isyarat input. 16:9 Seting ini menentukan nisbah bidang 16:9, yang merupakan saiz yang sama bagi skrin filem, TV definisi tinggi, dsb.
Isyarat yang Disokong Untuk maklumat tentang isyarat yang disokong oleh projektor, lawati laman web CASIO. Mengubah Input Audio Di tempat terminal input audio lalai yang menunjukkan lajur paling kanan jadual di atas, anda boleh menetapkan satu daripada terminal berikut untuk setiap sumber input: AUDIO IN 1, AUDIO IN 2, AUDIO IN R L. Untuk butiran, lihat “Mengubah Input Audio” pada halaman 29.
Anjakan Skrin Digital Anda boleh menggunakan prosedur dalam seksyen ini untuk mengurangkan saiz imej tayangan samping mengekalkan nisbah bidangnya dan menganjakkan imej tayangan secara menegak atau melintang, tanpa mengalihkan projektor secara fizikal. Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Laraskan saiz dan kedudukan imej tayangan 1. Tekan kunci [MENU] atau untuk memaparkan menu persediaan. 2.
Mengubah Input Audio Pemilihan sumber input menyebabkan projektor memancarkan imej dari terminal input imej yang berkaitan dengan sumber input dan audio dari terminal input audio. Walaupun sumber input setiap terminal input imej adalah tetap, anda boleh mengubah terminal input audio lalai awal kepada satu daripada terminal berikut: AUDIO IN 1, AUDIO IN 2, AUDIO IN R L. Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Ubah input audio untuk sumber input tertentu 1.
Mengkonfigurasikan ID Kawalan Jauh dan Tetapan ID Projektor ID kawalan jauh dan ID projektor ialah nombor dari 1 hingga 4. Jika dua ID sepadan, anda akan dapat melakukan semua operasi projektor daripada alat kawalan jauh. Fungsi ini membantu mengelakkan konflik kawalan jauh apabila terdapat berbilang projektor (sehingga empat) di kawasan yang sama.
Untuk mengkonfigurasi seting pemasa 1. Tekan kunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa. 2. Gunakan kunci [] dan [] untuk memilih seting “Kedudukan”, “Paparan Berterusan”, atau “Masa Mula” dan kemudian ubah seting seperti diterangkan di dalam jadual di bawah. 3.
Menggunakan Menu Persediaan (MENU) Menekan kekunci [MENU] memaparkan Menu Persediaan pada skrin tayangan. Anda boleh menggunakan menu ini untuk melaraskan kecerahan, kontras, dan seting lain imej yang ditayangkan serta untuk menukar seting projektor. Seting Menu Persediaan Satu atau lebih huruf (seperti RCV) selepas nama item menu menunjukkan satu item yang tersedia hanya apabila satu atau lebih sumber input tertentu dipilih. Huruf-huruf tersebut menunjukkan sumber input di mana item menu tersedia.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Pelarasan Imej 2 3 Kedudukan Menegak (RCV) Laraskan kedudukan menegak dan melintang imej sumber input mengikut skrin sasaran. Pelarasan Imej 2 3 Kedudukan Melintang (RCV) Pelarasan Imej 2 3 Frekuensi (R) Apabila jalur menegak muncul dalam imej yang ditayangkan semasa RGB dipilih sebagai sumber input, ini bermakna seting frekuensi tidak betul. Apabila ini berlaku, gunakan seting ini untuk melaraskan frekuensi secara manual.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Seting Skrin 3 Mod Tayangan Nyatakan sama ada tayangan akan berlangsung dari hadapan atau belakang skrin. Hadapan*: Pilih pilihan ini untuk menayang dari hadapan skrin. Belakang: Pilih pilihan ini untuk menayang dari belakan skrin. Seting ini menerbalikkan imej hadapan yang ditayangkan secara melintang. Seting Skrin 3 Lekapan Siling Sediakan projektor di kedudukan terbalik untuk dilekapkan pada dinding.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Seting Opsyen 1 3 Laras Auto (R) Nyatakan sama ada projektor perlu mengesan jenis isyarat input RGB (resolusi, frekuensi) dan melaraskan imej tayangan sewajarnya. Hidup*: Laras Auto didayakan. Mati: Laras Auto dinyahdayakan. Jika anda mahu kekalkan seting menu “Pelarasan Imej 2” berikut apabila kuasa dimatikan, pilih “Mati” untuk seting ini: “Kedudukan Menegak”, “Kedudukan Melintang”, “Frekuensi”, “Fasa”.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Seting Opsyen 2 3 Audio Keluar Gunakan item ini untuk menentukan sama ada input audio dari sumber input perlu dijadikan output ke pembesar suara (Pmbsr Sra*) atau output ke destinasi luaran dari terminal AUDIO OUT projektor. Seting Opsyen 2 3 Input Audio Lihat “Mengubah Input Audio” (halaman 29). Seting Opsyen 2 3 Altitud Tinggi Hidupkan atau matikan seting kelajuan kipas altitud tinggi mengikut altitud kawasan tempat anda menggunakan projektor.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Seting Multimedia 3 Autojalan Tetapkan sama ada mahu menggunakan (Dayakan*) atau tidak menggunakan (Nyahdayakan) fungsi auto jalan. Untuk butiran, lihat “Autojalan” (halaman 43). Seting Multimedia 3 Fungsi (F) Memaparkan menu yang sama (Menu Fungsi) yang muncul apabila kunci [FUNC] alat kawalan jauh ditekan. Seting Rangkaian 3 Info LAN berwayar Menunjukkan maklumat mengenai status sambungan LAN berwayar semasa (alamat IP, seting DHCP, dsb.
Perlindungan Kata Laluan Projektor boleh dikonfigurasikan untuk menggesa input kata laluan dengan segera selepas kuasa dihidupkan. Ini mencegah penggunaan projektor yang tidak dibenarkan. Ambil perhatian tentang langkah berjaga-jaga berikut apabila anda menggunakan ciri kata laluan. Ciri kata laluan melindungi daripada penggunaan projektor yang tidak dibenarkan. Ambil perhatian bahawa ia bukan langkah antikecurian.
Jika anda terlupa kata laluan anda... Anda perlu membawa projektor dan pengenalan yang sah (asal atau salinan ID pekerja anda, lesen memandu, dsb.) ke penyedia perkhidmatan pembaikan yang tertentu. Ambil perhatian bahawa anda akan dikenakan caj untuk mengosongkan kata laluan tersebut. Mengosongkan kata laluan anda dengan menggunakan prosedur yang dihuraikan di atas akan mengembalikan semua tetapan projektor anda, kecuali Masa Nyala, kepada tetapan lalai yang asal dari kilang.
Menyambung Peranti Memori USB ke Projektor Peranti memori menyambung ke port USB-A Jenis peranti memori ini: Menyambung dengan cara ini: Pemacu kilat USB Sambungkan pemacu kilat USB ke port USB-A projektor. Kad memori 1. Masukkan kad memori ke dalam slot kad pembaca kad USB. 2. Sambungkan pembaca kad USB ke port USB-A projektor. Kamera digital Sambungkan satu hujung kabel USB ke kamera digital dan satu lagi hujung (penyambung Jenis A) ke port USB-A projektor.
Operasi Semasa Tayangan Fail Imej Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Tayang fail imej sebelumnya Tekan kunci [] atau kunci [S]. Tayang imej seterusnya Tekan kunci [] atau kunci [T]. Putar imej 90 darjah ke kiri*1 Putar imej 90 darjah ke Tekan kunci [s]. kanan*1 Tekan kunci [d]. Mulakan persembahan slaid Tekan kunci [R]. Hentikan persembahan slaid Tekan kunci [R]. *1 Disokong untuk fail JPEG sahaja.
Item Seting Pemapar Fail Seting lalai awal untuk setiap item ditandakan dengan asterisk (*). Nama Seting Persediaan Urutan Paparan Penerangan Nama Seting Menyatakan urutan imej dalam menu fail. < Nama Fail (Menaik) >*, < Nama Fail (Menurun) >, < Sambungan Nama Fail (Menaik) >, < Masa (Baru ke Lama) >, < Masa (Lama ke Baru) > Mod Mula Menentukan sama ada paparan lalai apabila mod dimasukkan dari skrin Pemapar Fail ialah “< Paparan Senarai >”* atau “< Paparan Ikon >”.
Autojalan Autojalan secara automatik memulakan main balik fail imej atau fail filem pada pemacu kilat USB apabila pemacu kilat USB disambungkan ke port USB-A projektor atau jika projektor dihidupkan ketika pemacu kilat USB disambungkan ke port USB-A. Tetapan menu persediaan yang ditunjukkan di bawah perlu dikonfigurasi sebelum menggunakan Autojalan.
Mesej Ralat Pemapar Fail Mesej Punca dan Tindakan yang Diperlukan Folder tidak mengandungi sebarang fail imej. Tiada folder atau fail yang boleh dipapar dalam folder yang anda sedang cuba capai dengan Pemapar Fail. Guna komputer anda untuk menyemak kandungan folder tersebut. Untuk butiran lanjut mengenai format fail yang disokong untuk main semula projektor, lihat “Fail Main Semula yang Disokong” (halaman 39). Tidak boleh memaparkan fail imej.
Menayang Imej Skrin Kalkulator Graf Anda boleh menyambungkan kalkulator graf CASIO ke projektor menggunakan kabel USB dan menayangkan imej skrin kalkulator dengan projektor. Sambungan USB kalkulator graf CASIO berikut disokong. Siri fx-9860G, Siri GRAPH 25/35/75 Siri fx-CG10/20/50, GRAPH 90+E ClassPad 330 PLUS Siri ClassPad II, fx-CG 500 Untuk menayang imej skrin kalkulator graf 1. Dengan projektor dihidupkan, sambungkan port USB-A ke port USB kalkulator.
Membersihkan Projektor Jadikan satu kebiasaan untuk membersihkan projektor dalam selang masa yang tetap seperti yang diterangkan dalam bahagian ini. Sebelum membersihkan projektor, pastikan palam projektor dicabut dari salur kuasa dan pastikan ia sejuk sepenuhnya. Membersihkan Bahagian Luar Projektor Lap bahagian luar projektor dengan kain lembut yang telah dilembabkan dengan larutan lemah air dan detergen neutral lembut. Pastikan semua air yang berlebihan diperah dari kain sebelum mengelap.
Penyelesaian Masalah Penunjuk Penunjuk memastikan anda tahu tentang status operasi semasa projektor. Perkara berikut menunjukkan bagaimana penunjuk kelihatan apabila operasi dalam keadaan biasa. Apabila penunjuk kelihatan seperti ini: POWER/ STANDBY LIGHT TEMP Ia bermaksud ini: Anda telah pasangkan kord kuasa AC pada salur kuasa. Tunggu sehingga projektor berada dalam keadaan tunggu sedia (lihat di bawah) sebelum cuba menghidupkan kuasa.
Penunjuk/Mesej Ralat POWER : Hijau stabil 3 Merah stabil LIGHT : – TEMP : – Mesej : Suhu dalaman terlalu tinggi. Projektor akan dimatikan. POWER : Merah stabil LIGHT : Merah stabil TEMP : Merah stabil Mesej : – POWER : Merah stabil LIGHT : – TEMP : Merah stabil Mesej : – POWER : Merah stabil LIGHT : – TEMP : Merah stabil Mesej : – POWER : Merah stabil LIGHT : Merah berkelip (selang masa 0.5 saat) TEMP : Merah berkelip (selang masa 0.
Penyelesaian Masalah Projektor Periksa item berikut apabila anda mengalami sebarang masalah dengan projektor. Masalah Penyebab dan Saranan Tindakan Kuasa tidak hidup. Jika penunjuk POWER/STANDBY tidak menyala, kord kuasa AC tidak bersambung dengan betul. Sambungkan kord kuasa AC dengan betul. Jika penunjuk TEMP atau LIGHT terus berkelip atau menyala, ini bermakna terdapat ralat yang telah berlaku. Lihat “Petunjuk Ralat dan Mesej Amaran” (halaman 47).
Masalah Penyebab dan Saranan Tindakan Teks kabur. Imej mungkin tidak difokuskan dengan betul. Laraskan fokus imej. Seting frekuensi dan/atau fasa semasa tidak sepadan dengan isyarat input. (Terpakai hanya apabila sumber input ialah isyarat RGB.) Tekan kunci [AUTO] untuk melaksanakan operasi pelarasan automatik. Pada menu persediaan, lakukan pelarasan “Pelarasan Imej 2 Frekuensi” dan “Pelarasan Imej 2 Fasa”. (Terpakai hanya apabila sumber input ialah isyarat RGB.
Lampiran Membekalkan Kuasa ke Peralatan Luaran Kuasa boleh dibekalkan ke peralatan luaran melalui port USB-A/DC 5V projektor model XJ-UT311WN, XJ-UT351WN atau melalui port DC 5V projektor model XJ-UT331X, XJ-UT351W. Mematikan kuasa projektor juga akan memutuskan kuasa yang sedang dibekalkan ke kelengkapan luaran.
Mengemas kini Perisian Tegar dan Memindahkan Logo Pengguna Anda boleh melakukan prosedur pada komputer untuk mengemas kini perisian tegar projektor (perisian dalam ROM kilat projektor). Anda juga boleh memindahkan imej ke projektor untuk digunakan sebarang logo pengguna. Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Kemas kini perisian tegar projektor 1. Gunakan kabel USB yang tersedia secara komersial untuk menyambungkan port LOGO projektor ke port USB komputer anda. 2. Lawati laman web CASIO.
Menggunakan Terminal MONITOR OUT Terminal MONITOR OUT projektor memancarkan isyarat video yang sedang dimasukkan melalui terminal COMPUTER IN 1 atau terminal COMPUTER IN 2 seadanya. Ini membolehkan imej tayangan dioutput secara serentak ke paparan lain. Output isyarat dari terminal MONITOR OUT apabila projektor dihidupkan Bergantung pada sumber input yang dipilih seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Jarak Tayangan dan Saiz Skrin Nilai jarak tayangan di bawah ialah untuk rujukan apabila menyediakan projektor.
Seting Nisbah Bidang dan Imej Tayangan Perkara berikut menunjukkan bagaimana imej ditayangkan mengikut jenis isyarat input dan seting nisbah bidang projektor.
Model XGA (1024 × 768) Sumber input: RGB atau HDMI (PC) Isyarat Input Normal Penuh 16:9 16:10 16:10 4:3 SVGA (800 × 600) XGA (1024 × 768) WXGA (1280 × 800) SXGA (1280 × 1024) Sumber input: Video, S-Video, Komponen atau HDMI (DTV) Isyarat Input Normal 16:9 Imej Bidang 4:3 Imej Terpenyek Imej Kotak Surat Imej Bidang 16:9 56
Kawalan Projektor RS-232C Untuk mengawal projektor menggunakan peranti RS-232C dari komputer, anda perlu menyambungkan projektor dan komputer menggunakan kabel siri (silang) yang tersedia secara komersial.
Senarai Arahan Ketika projektor dimatikan, ia boleh menerima hanya perintah berikut: semak keadaan kuasa hidup/ mati (PWR?), baca masa cahaya (LMP?) dan tulis pada (PWR1). Jangan cuba hantar sebarang perintah lain kepada projektor semasa ia dimatikan. Input isyarat yang sah mesti berlangsung untuk menggunakan arahan untuk menghidupkan skrin kosong atau menukar nisbah bidang. Anda boleh menggunakan hanya perintah dan tetapan yang dilengkapkan pada model projektor anda.
Nama Arahan Fungsi Seting KEY W Laksanakan operasi tekan kekunci .
Spesifikasi Nama Model XJ-UT331X XJ-UT311WN Cip Paparan XJ-UT351W XJ-UT351WN Cip DLP® × 1, sistem DLP® Sistem paparan Saiz Cip Bilangan Piksel XGA 0.55 inci (Nisbah bidang: 4:3) WXGA 0.65 inci (Nisbah bidang: 16:10) 786,432 (1024 × 768) 1,024,000 (1280 × 800) Lensa Tayangan Zum tetap, fokus manual Sumber Cahaya Laser dan LED F 2.3 / f 4.2 Saiz Imej Tayangan Jarak Tayangan 40 hingga 100 inci 50 hingga 110 inci 60 inci 0.20 meter 0.13 meter 100 inci 0.52 meter 0.
Nama Model Terminal Input RGB Input Komponen Output RGB XJ-UT331X XJ-UT311WN XJ-UT351W XJ-UT351WN Terminal COMPUTER: RGB 15-pin D-Sub mini × 2 Digunakan untuk kedua-dua input RGB dan input (YCbCr/YPbPr) komponen.
Nama Model XJ-UT331X XJ-UT311WN XJ-UT351W XJ-UT351WN Penggunaan Kuasa Tunggu Sedia (220 hingga 240V) Apabila “Nyahdayakan” adalah dinyatakan untuk “Kawalan Jauh Hidup” *5 Apabila “Dayakan” adalah dinyatakan untuk “Kawalan Jauh Hidup” *5 0.23W – 2.3W Anggaran Dimensi *6 – 2.3W 338 (W) × 333 (D) × 153 (H) mm (Termasuk tayangan) Anggaran Berat *6 5.7kg *1 Apabila tetapan “Mod Mati Kawalan Cahaya” ialah “Terang”. Standard ISO 21118:2012.
GPL dan LGPL (1) Produk ini menggunakan perisian (Perisian ini) yang dibekalkan di bawah GNU General Public License (GPL) dan GNU Lesser General Public License (LGPL). Sebagai mematuhi GPL dan LGPL, kod sumber Perisian ini ialah kod sumber terbuka. Sesiapa saja yang berhasrat untuk melihat kod sumber terbuka ini boleh berbuat demikian dengan memuat turun dari tapak muat turun Projektor CASIO.
MA2102-F