User Manual

6
Mewujudkan Sambungan Rangkaian Di Antara
Projektor dan Komputer
Untuk memulakan tayangan rangkaian dari komputer, sambungan rangkaian di antara komputer dan
projektor perlu diwujudkan.
Dengan konfigurasi ini, projektor digunakan sebagai titik capaian LAN wayarles. Komputer
disambungkan terus ke projektor melalui sambungan rangkaian LAN wayarles.
Sambungan wayarles memerlukan penggunaan penyesuai wayarles YW-41 yang mungkin
telah disediakan dengan projektor anda atau anda mungkin perlu membelinya secara
berasingan. Untuk maklumat tentang sama ada penyesuai wayarles disertakan atau tidak
dengan projektor anda, rujuk "Mengeluarkan" dalam Panduan Pengguna yang tersedia dari
laman web CASIO.
Anda boleh mempunyai sebanyak lapan komputer dan/atau peranti pintar yang
disambungkan ke projektor tunggal pada masa yang sama melalui LAN wayarles.
Untuk menyambungkan projektor dan komputer melalui LAN
wayarles
1.
Sambungkan penyesuai wayarles YW-41 ke port USB-A projektor.
Pastikan projektor dimatikan sebelum menyambungkan penyesuai wayarles. Selepas
menyambungkan penyesuai wayarles, hidupkan projektor.
2.
Pada skrin tunggu sedia rangkaian projektor (halaman 7), perhatikan SSID
projektor.
3.
Pada komputer, sambungkan ke SSID projektor melalui LAN wayarles.
Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus Di
Antara Komputer dan Projektor
Projektor
Sambungan LAN wayarles