User Manual
56
Untuk menamakan semula folder
Apabila memasukkan nama folder dengan prosedur di bawah, pastikan nama cukup pendek
untuk muat ke dalam kotak nama folder. Memasukkan nama yang memenuhi kotak input
sepenuhnya atau nama yang tidak muat ke dalam kotak input akan menyebabkan hujung
nama terpotong semasa dipaparkan pada skrin pemilihan templat.
1.
Laksanakan langkah 1 dan 2 bagi prosedur di bawah “Untuk menambah atau
memadam imej templat” (halaman 55).
2.
Klik kotak nama folder bagi folder yang anda ingin namakan semula.
3.
Masukkan nama folder baharu dan kemudian klik butang [Save changes].
Untuk membatalkan perubahan anda, klik butang [Logout] sebagai ganti [Save changes].










