User Manual

49
Operasi Lanjutan
Bahagian ini menerangkan operasi lanjutan di bawah yang boleh dilaksanakan menggunakan terminal
(komputer atau peranti pintar) yang disambungkan ke projektor melalui rangkaian.
Kawalan komputer atau kawalan alat kawalan jauh projektor bagi memulakan atau menghentikan
tayangan dari berbilang terminal yang disambungkan ke projektor melalui rangkaian (Fungsi
Moderator)
Kawalan komputer operasi projektor (Projector Remote)
Kawalan jauh komputer dari peranti pintar melalui projektor (PC Jauh)
Penambahan dan pemadaman imej templat projektor (Template Pattern Customization)
Apabila terdapat sambungan rangkaian di antara projektor dan berbilang terminal (komputer dan/atau
peranti pintar), anda boleh menggunakan fungsi Moderator untuk mengawal skrin terminal yang
ditayangkan.
Maksimum sehingga 40 buah komputer dan/atau peranti pintar boleh disambungkan ke
projektor melalui LAN berwayar menggunakan rangkaian sedia ada.
Jika projektor sedang digunakan sebagai penghala NAT (halaman 13), sehingga 40 terminal
maksimum boleh disambungkan pada satu-satu masa dari bahagian LAN berwayar.
Bagaimanapun, jika terminal disambungkan menggunakan kedua-dua sambungan LAN
wayarles dan berwayar, bilangan maksimum sambungan LAN berwayar yang dibenarkan akan
dikurangkan mengikut bilangan sambungan LAN wayarles. Sebagai contoh, jika terdapat lima
terminal yang disambungkan ke projektor melalui LAN wayarles, bilangan maksimum
sambungan LAN berwayar yang dibenarkan akan menjadi 35.
Untuk menggunakan komputer bagi mengawal tayangan dari
berbilang terminal
1.
Gunakan komputer untuk memaparkan halaman Perkhidmatan Web projektor
(halaman 19).
2.
Masukkan kata laluan ke dalam kotak “Moderator” dan kemudian klik butang
[Login].
Kata laluan lalai awal ialah: moderator.
Jika log masuk berjaya, halaman Moderator akan muncul dan nama pengguna terminal yang
disambungkan ke projektor akan muncul dalam senarai.
Menggunakan Fungsi Moderator