User Manual
44
Operasi yang diterangkan dalam jadual di bawah boleh dilaksanakan menggunakan bar menu
C-Connection versi macOS.
Bar Menu C-Connection (macOS)
Menu Item menu ini: Melakukan ini:
C-Connection About Memaparkan maklumat versi C-Connection dan maklumat hak cipta.
Preferences Memaparkan kotak dialog Preferences. Untuk butiran, lihat “Tetapan
C-Connection” pada halaman 45.
Quit Keluar dari C-Connection.
File Close Keluar dari C-Connection.
View Discover List Operasi sama seperti butang . Lihat “Butang Biasa Panel Senarai”
(halaman 42).
Favorites List Operasi sama seperti butang . Lihat “Butang Biasa Panel Senarai”
(halaman 42).
Controls Disconnect Menamatkan sambungan di antara C-Connection dan projektor.
Play/Pause Mulakan tayangan skrin komputer. Jika tayangan sudah dijalankan,
item menu ini akan menogol di antara tayang dan jeda.
Stop Hentikan tayangan skrin komputer.
Split Screen Togol susun atur tayangan di antara “Auto Layout” dan “Full Screen”.
Untuk butiran, lihat “Tayangan Serentak Imej dari Berbilang Komputer
pada Projektor Tunggal” (halaman 40).
Mute Operasi sama seperti butang . Lihat “Butang Biasa Panel Maklumat
dan Panel Mini” (halaman 43).
Windows Minimize Mengecilkan tetingkap C-Connection.
Mini Panel Bertukar kepada panel mini.
Always on Top Tentukan sama ada tetingkap C-Connection harus sentiasa disimpan
di bahagian atas tetingkap lain atau tidak. Tetingkap C-Connection
sentiasa disimpan di bahagian atas tetingkap lain apabila terdapat
tanda semak (✔) bersebelahan dengan item ini.*
* Walaupun jika tetapan ini telah didayakan, tetingkap C-Connection
mungkin tidak dipaparkan di bahagian atas semasa paparan skrin
penuh tetingkap aplikasi lain dipaparkan.










