User Manual
38
4.
Alihkan kursor tetikus ke garisan terletaknya nama projektor yang anda ingin
sambungkan dan kemudian klik butang [CONNECT].
Jika kotak dialog “Login code” muncul pada masa ini, masukkan kod log masuk 4 digit yang
ditunjukkan pada skrin tunggu sedia rangkaian projektor.
Selepas sambungan di antara C-Connection dan projektor diwujudkan, tanda semak biru
( ) akan ditunjukkan di sebelah kiri nama projektor yang disambungkan pada senarai
projektor. Nama projektor yang disambungkan akan ditunjukkan di sebelah atas tetingkap
C-Connection.
Gaya tetingkap C-Connection berubah daripada panel senarai kepada panel maklumat. Jika
anda tidak melaksanakan sebarang operasi selepas itu, paparan akan bertukar kepada panel
mini.
5.
Untuk memulakan tayangan skrin komputer, klik .
Ini akan menayangkan imej skrin komputer dari projektor.
Untuk memegunkan imej skrin komputer yang sedang ditayangkan, klik k. Imej skrin pegun
akan terus ditayangkan sehingga anda mengklik untuk menyambung semula atau sehingga
anda menghentikan tayangan.
6.
Untuk menghentikan tayangan, klik Y.
Sambungan di antara C-Connection dan projektor dikekalkan walaupun selepas tayangan
dihentikan. Untuk menyambung semula tayangan, klik .
Untuk menamatkan sambungan di antara C-Connection dan projektor, klik butang (×) tutup di
sudut kanan atas tetingkap C-Connection untuk keluar dari C-Connection.
Untuk menayang dengan menggunakan carian projektor
automatik
1.
Pada projektor, paparkan skrin tunggu sedia rangkaian (halaman 7).
2.
Pada komputer, mulakan C-Connection.
C-Connection akan mencari projektor pada rangkaian dan memaparkan panel senarai yang
menunjukkan semua projektor yang ditemuinya. Operasi carian automatik hanya meliputi
projektor pada subnet rangkaian yang sama seperti komputer.
3.
Alihkan kursor tetikus ke garisan terletaknya nama projektor yang anda ingin
sambungkan dan kemudian klik butang [CONNECT].
Prosedur ini yang selebihnya adalah sama seperti yang di bawah “Untuk menayang dengan
menggunakan senarai Kegemaran bagi memilih projektor” (halaman 37) dari masa selepas
[CONNECT] diklik dalam langkah 4.
Versi Chrome OS: Pada kotak dialog yang muncul, apabila anda klik dalam langkah 5
prosedur, pilih apa yang anda mahu kongsi dan kemudian klik butang [Share] (Kongsi).
Panel maklumat Panel mini
B










