User Manual

29
Apabila memasukkan alamat untuk “IP Address”, “DHCP Server Start Address”, “DHCP
Server End Address”, dan “DNS Server”, jangan masukkan sifar awal untuk oktet satu digit
dan dua digit (bahagian xxx alamat). Sebagai contoh, jenis input berikut tidak dibenarkan: 029
untuk 29, 005 untuk 5 dan sebagainya.
Gunakan item ini: Untuk melakukan ini:
LAN2 IP Settings
IP Address Masukkan alamat IP bagi format di bawah apabila menggunakan projektor sebagai titik
capaian LAN wayarles.
xxx.xxx.xxx.xxx (Lalai Awal: 192.168.100.10)
DHCP Server Start
Address
DHCP Server End
Address
Tentukan mula dan akhir bagi julat alamat IP untuk diperuntukkan secara automatik ke
komputer atau peranti pintar yang disambungkan ke projektor melalui LAN wayarles.
Setiap alamat mestilah mengikut format di bawah.
xxx.xxx.xxx.xxx (Lalai Awal: 192.168.100.11 hingga 192.168.100.200)
Tidak kira nilai yang dimasukkan untuk “Subnet Mask” di bawah, tiga oktet pertama
(Lalai Awal: 192.168.100) alamat mula dan akhir mestilah sama.
Subnet Mask Masukkan topeng subnet bagi format di bawah.
xxx.xxx.xxx.xxx (Lalai Awal: 255.255.255.0)
DNS Server Masukkan alamat IP pelayan DNS bagi format di bawah.
xxx.xxx.xxx.xxx (Lalai Awal: 192.168.100.10)
Access Filter Konfigurasikan tetapan untuk mengawal komunikasi di bahagian LAN wayarles dan di
bahagian LAN berwayar apabila menggunakan projektor sebagai penghala NAT
(halaman 13).
Pass (tetapan lalai awal): Benarkan semua komputer dan/atau peranti pintar
disambungkan ke LAN wayarles (bahagian titik capaian) untuk mencapai rangkaian
tempatan LAN berwayar dan internet.
Block: Sekat semua komputer dan/atau peranti pintar yang disambungkan ke LAN
wayarles (bahagian titik capaian) daripada mencapai LAN berwayar.
Internet only: Benarkan komputer dan/atau peranti pintar disambungkan ke bahagian
LAN wayarles (bahagian Access Point Mode) untuk mencapai rangkaian bahagian
LAN berwayar termasuk internet untuk komunikasi HTTP sahaja.