User Manual

23
Tetapan Log Masuk membolehkan anda menentukan kod log masuk untuk sambungan projektor dari
C-Connection pada komputer atau MirrorOp Presenter pada peranti pintar. Anda juga boleh
menggunakannya untuk memaparkan maklumat sambungan pada skrin tayangan.
* Apabila projektor disambungkan dengan komputer menggunakan C-Connection atau
menggunakan peranti pintar MirrorOp Presenter.
Item Tetapan Projektor
Login Settings
Gunakan item ini: Untuk melakukan ini:
Login Code Options Tentukan sama ada perlu atau tidak perlu untuk meminta input kod log masuk apabila
menyambung ke projektor dari terminal.*
Disable (lalai awal): Input kod log masuk tidak diperlukan.
Random: Input kod log masuk diperlukan. Kod empat digit yang rawak dijanakan untuk
kod log masuk setiap kali skrin tunggu sedia rangkaian dipaparkan.
Fixed: Input kod log masuk diperlukan. Selepas memilih pilihan ini, pastikan untuk
memasukkan rentetan teks untuk digunakan sebagai kod log masuk ke dalam kotak
input “Login Code”.
Login Code Lihat kod log masuk semasa apabila “Random” dipilih di bawah “Login Code Options”.
Jika anda memilih “Fixed” di bawah “Login Code Options”, masukkan rentetan empat
aksara ke dalam kotak input ini. Anda boleh menggunakan angka atau aksara huruf
(huruf besar atau huruf kecil).
Connection information Tentukan sama ada untuk menunjukkan atau menyembunyikan maklumat sambungan
(kod log masuk, SSID, nama projektor, alamat IP) dalam imej yang ditayangkan.
Enable (lalai awal): Tunjukkan maklumat sambungan apabila sebarang peristiwa di
bawah berlaku.
Apabila terminal disambungkan dengan projektor*
Apabila tayangan rangkaian dari terminal ke projektor bermula
Apabila butang [Show Login Code] (halaman 50) diklik
Disable: Sembunyikan maklumat sambungan.
Kod log masuk tidak dipaparkan apabila “Disable” dipilih untuk tetapan “Login
Code Options”.
Display Duration Tentukan jumlah saat maklumat sambungan harus ditunjukkan dalam imej yang
ditayangkan. Anda boleh memasukkan nilai sehingga 300 (Lalai Awal: 10).
Walaupun jika “Enable” ditentukan untuk tetapan “Connection information”, maklumat
sambungan tidak akan ditunjukkan dalam imej yang ditayangkan jika anda
memasukkan 0 di sini.