User Manual

18
Menggunakan Komputer untuk Mengkonfigurasi
Tetapan Rangkaian Projektor
Anda boleh menggunakan pelayar web komputer untuk mencapai halaman Perkhidmatan Web
projektor bagi mengkonfigurasi tetapan rangkaian projektor dan melaksanakan pelbagai operasi lain.
Memaparkan halaman Perkhidmatan Web terlebih dahulu akan memaparkan menu atas yang
ditunjukkan di bawah.
Menu Atas Halaman Perkhidmatan Web
Butang [Setup]
Klik untuk mencapai tetapan terperinci
rangkaian projektor.
Butang pemilihan bahasa
Klik untuk memaparkan senarai bahasa dan
pilih satu yang anda ingin gunakan untuk
halaman Perkhidmatan Web.
Menu log masuk fungsi
Menu ini mencapai halaman fungsi
Moderator (halaman 49), Projector Remote
(halaman 52) dan Template Pattern
Customization (halaman 54).
One Click Connection File
Lihat “Mencipta Fail One Click Connection”
(halaman 32).
Pautan ke aplikasi sambungan
Ini adalah pautan muat turun ke
C-Connection bagi komputer dan MirrorOp
Presenter untuk peranti pintar.