User Manual

17
Menggunakan Menu Persediaan projektor untuk memulakan
tetapan rangkaian
Prosedur di bawah boleh digunakan untuk memulakan semua item yang termasuk dalam
“Seting Rangkaian” Menu Persediaan projektor. Walaupun ia juga memulakan kebanyakan
item yang termasuk dalam “Projector Setup” pada halaman Perkhidmatan Web (lihat “Item
Tetapan Projektor” pada halaman 23), tetapan semasa item di bawah dikekalkan.
Projector name, User List, Crestron Control, Firmware Update
1.
Laksanakan langkah 1 hingga 3 bagi prosedur di bawah “Menggunakan Menu
Persediaan projektor untuk mengkonfigurasi tetapan rangkaian” (halaman 16).
2.
Pilih “Mengasal Seting Rangkaian” dan kemudian tekan kekunci [ENTER].
Ini akan memaparkan kotak dialog pengesahan yang menanyakan jika anda ingin
melaksanakan pemulaan.
3.
Gunakan kekunci [] dan [] untuk memilih “Ya” dan kemudian tekan kekunci
[ENTER].
Ini akan memulakan semula sistem rangkaian. Mulakan semula akan memulakan tetapan dan
kemudian memaparkan skrin tunggu sedia rangkaian.
B