User Manual
Table Of Contents
- Kandungan
- Langkah-Langkah Keselamatan
- Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian
- Perihal Unit Sumber Cahaya
- Pancaran Cahaya Projektor (Siri XJ-UT)
- Jangan menghalang output cahaya atau melihat terus ke dalam lensa! (Siri XJ-F/Siri XJ-S)
- Langkah Berjaga-Jaga Bagi Laser dan Suhu Tinggi (Lihat label pada projektor)
- Langkah Berjaga-Jaga Yang Lain
- Langkah Berjaga-Jaga apabila Mengendalikan Projektor selepas Digunakan
- Bersedia
- Mengeluarkan
- Aliran Operasi untuk Tayangan
- Panduan Umum
- Panel Penunjuk dan Kekunci
- Terminal Belakang
- Meletakkan Projektor di atas Meja atau di atas Lantai
- Menyambungkan dengan Peranti Lain
- Menyambungkan Komputer
- Menyambung ke Peranti Video
- Mengeluarkan Audio dari Projektor ke Peranti yang Lain
- Menyambung Mikrofon (Siri XJ-UT, XJ-F21XN, XJ-F211WN, XJ-S400UN, XJ-S400WN)
- Menyambung ke Rangkaian dengan Kabel LAN (Model Rangkaian Sahaja)
- Menyambung Penyesuai Wayarles (Model Rangkaian Sahaja)
- Terminal LOGO (Kemas kini Perisian Tegar, Pemindahan Logo Pengguna)
- Menyambungkan Kalkulator Saintifik (Model Rangkaian Sahaja)
- Terminal SERIAL (Kawalan Projektor Menggunakan Perintah)
- Kuasa USB
- Penutup Disertakan dengan Penyesuai Wayarles YW-41
- Memasang dan Menanggalkan Penutup Kabel (Siri XJ-UT)
- Alat Kawalan Jauh
- Mengendalikan Projektor
- Menghidupkan atau Mematikan Projektor
- Memilih Sumber Input (INPUT)
- Menggunakan Tayangan Dimatikan Auto
- Operasi Imej dan Audio Asas Semasa Tayangan
- Menterbalikkan Imej Tayangan Secara Mendatar (Mod Cermin)
- Kawalan Nyala
- Anjakan Skrin Digital
- Menayangkan Templat
- Tayangan Corak Ujian
- Kunci Panel Kawalan
- Mengkonfigurasikan ID Kawalan Jauh dan Tetapan ID Projektor
- Menggunakan Pemasa Kira Detik (PEMASA)
- Menggunakan Pemasa Persembahan (TIMER)
- Menggunakan Menu Persediaan (MENU)
- Menggunakan Kata Laluan
- Membersihkan Projektor
- Penyelesaian Masalah
- Lampiran
- Spesifikasi
77
Anda boleh menggunakan perkakasan pelekapan dinding khas untuk melekapkan projektor pada
dinding. Dalam konfigurasi ini, projektor perlu dilekapkan dengan bahagian atas projektor ke bawah.
Untuk butiran lengkap, hubungi penjual di mana anda membeli projektor itu.
Apabila melekapkan projektor pada dinding, pastikan ia berada sekurang-kurangnya satu
meter dari pengesan kebakaran, penggera kebakaran dan peranti perlindungan kebakaran
yang lain. Menempatkan projektor terlalu dekat dengan peranti perlindungan kebakaran
mewujudkan risiko peranti itu tidak beroperasi dengan betul disebabkan oleh udara panas
yang keluar dari projektor. Selain itu, elakkan daripada meletakkan projektor berhampiran
dengan lampu pendarfluor atau sumber cahaya terang yang lain. Cahaya terang boleh
memendekkan julat operasi alat kawalan jauh atau malah boleh menjadikan pengawalan jauh
tidak dapat dilakukan. Apabila memilih lokasi untuk projektor, pastikan ujian dijalankan agar
alat kawalan jauh beroperasi seperti yang sepatutnya.
Orientasi menegak dan mendatar imej tayangan diterbalikkan daripada biasa apabila projektor
berada pada kedudukan terbalik kerana dilekapkan pada dinding. Anda perlu menukar
persediaan projektor untuk membetulkan perkara ini. Untuk butiran, lihat “Seting Skrin 3
Lekapan Siling” (halaman 62) di bawah “Seting Menu Persediaan”.
Projektor boleh digantung dari siling. Apabila menggantung projektor daripada siling, anda boleh
mengorientasikannya secara terbalik atau dengan lensa projektor menghadap terus ke bawah.
Untuk butiran lengkap, hubungi penjual di mana anda membeli projektor itu.
Apabila menggantung projektor dari siling, pastikan ia berada sekurang-kurangnya satu meter
dari pengesan kebakaran, penggera kebakaran, dan peranti perlindungan kebakaran yang
lain. Menempatkan projektor terlalu dekat dengan peranti perlindungan kebakaran
mewujudkan risiko peranti itu tidak beroperasi dengan betul disebabkan oleh udara panas
yang keluar dari projektor. Selain itu, elakkan daripada meletakkan projektor berhampiran
dengan lampu pendarfluor atau sumber cahaya terang yang lain. Cahaya terang boleh
memendekkan julat operasi alat kawalan jauh atau malah boleh menjadikan pengawalan jauh
tidak dapat dilakukan. Apabila memilih lokasi untuk projektor, pastikan ujian dijalankan agar
alat kawalan jauh beroperasi seperti yang sepatutnya.
Orientasi menegak dan melintang imej tayangan diterbalikkan daripada biasa apabila
projektor berada pada kedudukan terbalik kerana digantung daripada siling. Anda perlu
menukar persediaan projektor untuk membetulkan perkara ini. Untuk butiran, lihat
“Seting Skrin 3 Lekapan Siling” (halaman 62) di bawah “Seting Menu Persediaan”.
Apabila melekatkan projektor pada pendakap, pastikan anda melakukannya mengikut syarat
yang dinyatakan di bawah.
• Gunakan skru SEMS berganda (dengan pencuci dan pencuci spring)
• Diameter Skru: M4
• Panjang Skru: [Ketebalan Pencuci dan Pencuci Spring]
+ [Ketebalan Pendakap]
+ [Jumlah Bebenang] (L: 5 hingga 8 mm)
Pastikan panjang skru adalah seperti yang dinyatakan di atas. Menggunakan
skru yang terlalu panjang boleh merosakkan projektor anda. Menggunakan
skru yang terlalu pendek tidak akan menguatkan sokongan yang diperlukan.
Melekapkan Projektor pada Dinding (Siri XJ-UT)
Menggantung Projektor dari Siling
B










