User Manual
Table Of Contents
- Kandungan
- Langkah-Langkah Keselamatan
- Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian
- Perihal Unit Sumber Cahaya
- Pancaran Cahaya Projektor (Siri XJ-UT)
- Jangan menghalang output cahaya atau melihat terus ke dalam lensa! (Siri XJ-F/Siri XJ-S)
- Langkah Berjaga-Jaga Bagi Laser dan Suhu Tinggi (Lihat label pada projektor)
- Langkah Berjaga-Jaga Yang Lain
- Langkah Berjaga-Jaga apabila Mengendalikan Projektor selepas Digunakan
- Bersedia
- Mengeluarkan
- Aliran Operasi untuk Tayangan
- Panduan Umum
- Panel Penunjuk dan Kekunci
- Terminal Belakang
- Meletakkan Projektor di atas Meja atau di atas Lantai
- Menyambungkan dengan Peranti Lain
- Menyambungkan Komputer
- Menyambung ke Peranti Video
- Mengeluarkan Audio dari Projektor ke Peranti yang Lain
- Menyambung Mikrofon (Siri XJ-UT, XJ-F21XN, XJ-F211WN, XJ-S400UN, XJ-S400WN)
- Menyambung ke Rangkaian dengan Kabel LAN (Model Rangkaian Sahaja)
- Menyambung Penyesuai Wayarles (Model Rangkaian Sahaja)
- Terminal LOGO (Kemas kini Perisian Tegar, Pemindahan Logo Pengguna)
- Menyambungkan Kalkulator Saintifik (Model Rangkaian Sahaja)
- Terminal SERIAL (Kawalan Projektor Menggunakan Perintah)
- Kuasa USB
- Penutup Disertakan dengan Penyesuai Wayarles YW-41
- Memasang dan Menanggalkan Penutup Kabel (Siri XJ-UT)
- Alat Kawalan Jauh
- Mengendalikan Projektor
- Menghidupkan atau Mematikan Projektor
- Memilih Sumber Input (INPUT)
- Menggunakan Tayangan Dimatikan Auto
- Operasi Imej dan Audio Asas Semasa Tayangan
- Menterbalikkan Imej Tayangan Secara Mendatar (Mod Cermin)
- Kawalan Nyala
- Anjakan Skrin Digital
- Menayangkan Templat
- Tayangan Corak Ujian
- Kunci Panel Kawalan
- Mengkonfigurasikan ID Kawalan Jauh dan Tetapan ID Projektor
- Menggunakan Pemasa Kira Detik (PEMASA)
- Menggunakan Pemasa Persembahan (TIMER)
- Menggunakan Menu Persediaan (MENU)
- Menggunakan Kata Laluan
- Membersihkan Projektor
- Penyelesaian Masalah
- Lampiran
- Spesifikasi
73
Periksa item berikut apabila anda mengalami sebarang masalah dengan projektor.
Penyelesaian Masalah Projektor
Masalah Penyebab dan Saranan Tindakan
Kuasa tidak hidup. Jika penunjuk POWER/STANDBY tidak menyala, kord kuasa Arus Ulang-alik (AC)
tidak bersambung dengan betul. Sambungkan kord kuasa AC dengan betul.
Jika penunjuk TEMP atau LIGHT (model Siri XJ-UT), atau penunjuk STATUS
(model Siri XJ-F dan Siri XJ-S) kekal berkedip atau menyala, ini bermakna yang
beberapa jenis ralat telah berlaku. “Status Penunjuk Apabila Ralat Berlaku”
(halaman 71).
Tiada imej ditayangkan
atau imej yang
ditayangkan tidak normal.
Peranti komputer atau video yang bersambung kepada projektor tidak dihidupkan
atau tidak mengeluarkan isyarat video. Pastikan peranti komputer atau video yang
bersambung dihidupkan, dan lakukan operasi yang diperlukan padanya untuk
mengeluarkan isyarat video.
Sumber output yang betul tidak dipilih pada projektor. Pada projektor, pilih sumber
input yang betul yang berpadanan dengan peranti yang bersambung.
Jika isyarat input yang anda cuba tayangkan ialah isyarat video komponen, imej itu
mungkin tidak boleh ditayangkan dengan betul disebabkan oleh jenis peranti video
yang disambungkan ke projektor. Jika ini berlaku, cuba tayangkan dengan terminal
output video komposit peranti video yang disambungkan ke terminal VIDEO
projektor.
Warna atau paparan imej
sangat tidak normal.
(Apabila menayangkan
isyarat RGB komputer atau
isyarat video komponen
peranti video)
Ini mungkin disebabkan oleh tetapan isyarat yang tidak sepadan dengan isyarat input.
Periksa salah satu daripada tetapan yang diterangkan di bawah dan pilih “RGB” atau
“Komponen” untuk memadankan isyarat input atau pilih tetapan “Auto”.
Model Siri XJ-UT, XJ-S400UN, XJ-S400WN
Bergantung pada terminal peranti sumber input disambungkan, periksa tetapan
semasa “Seting Input 3 Terminal KOMPUTER1” atau “Seting Input 3 Terminal
KOMPUTER2”. Tukar tetapan jika diperlukan.
Model Siri XJ-F, XJ-S400U, XJ-S400W
Periksa tetapan semasa “Seting Input 3 Terminal KOMPUTER” dan tukar tetapan
jika diperlukan.
Saya tidak dapat
memahami mesej atau
menu kerana bahasanya
salah.
Lakukan operasi berikut untuk memilih bahasa yang anda mahu.
1. Tekan kekunci [MENU] untuk memaparkan menu persediaan.
2. Jika isyarat input ialah HDMI (PC), tekan [] empat kali dan kemudian tekan
kekunci [ENTER]. Jika isyarat input bukan HDMI (PC), tekan [] lima kali dan
kemudian tekan kekunci [ENTER].
3. Tekan [] dua kali dan kemudian tekan kekunci [ENTER] untuk memaparkan menu
pemilihan bahasa.
4. Gunakan kekunci [] dan [] untuk menggerakkan penyerlahan ke bahasa yang
anda ingin pilih dan kemudian tekan kekunci [ENTER].
5. Tekan kekunci [MENU] untuk keluar dari menu persediaan.
Tiada bunyi Seting aras kelantangan projektor mungkin terlalu rendah atau disenyapkan.
Gunakan kekunci [VOLUME +] dan [VOLUME –] alat kawalan jauh untuk
melaraskan aras kelantangan.
Seting aras kelantangan peranti yang bersambung kepada projektor terlalu rendah
atau peranti lain tidak mengeluarkan audio. Laraskan aras kelantangan peranti
yang bersambung.
Output audio peranti audio yang disambungkan ke terminal input audio ditetapkan
kepada sumber input yang sedang ditayangkan mungkin tidak disambungkan
dengan betul. Untuk maklumat lanjut, lihat “Hubungan Antara Input Imej dan Input
Audio” (halaman 45).
“Talian” mungkin dipilih untuk tetapan “Seting Opsyen 2 3 Audio Keluar” pada
menu persediaan. Tukar tetapan “Audio Keluar” kepada “Pmbsr Sra”.










