User Manual
Table Of Contents
- Kandungan
- Langkah-Langkah Keselamatan
- Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian
- Perihal Unit Sumber Cahaya
- Pancaran Cahaya Projektor (Siri XJ-UT)
- Jangan menghalang output cahaya atau melihat terus ke dalam lensa! (Siri XJ-F/Siri XJ-S)
- Langkah Berjaga-Jaga Bagi Laser dan Suhu Tinggi (Lihat label pada projektor)
- Langkah Berjaga-Jaga Yang Lain
- Langkah Berjaga-Jaga apabila Mengendalikan Projektor selepas Digunakan
- Bersedia
- Mengeluarkan
- Aliran Operasi untuk Tayangan
- Panduan Umum
- Panel Penunjuk dan Kekunci
- Terminal Belakang
- Meletakkan Projektor di atas Meja atau di atas Lantai
- Menyambungkan dengan Peranti Lain
- Menyambungkan Komputer
- Menyambung ke Peranti Video
- Mengeluarkan Audio dari Projektor ke Peranti yang Lain
- Menyambung Mikrofon (Siri XJ-UT, XJ-F21XN, XJ-F211WN, XJ-S400UN, XJ-S400WN)
- Menyambung ke Rangkaian dengan Kabel LAN (Model Rangkaian Sahaja)
- Menyambung Penyesuai Wayarles (Model Rangkaian Sahaja)
- Terminal LOGO (Kemas kini Perisian Tegar, Pemindahan Logo Pengguna)
- Menyambungkan Kalkulator Saintifik (Model Rangkaian Sahaja)
- Terminal SERIAL (Kawalan Projektor Menggunakan Perintah)
- Kuasa USB
- Penutup Disertakan dengan Penyesuai Wayarles YW-41
- Memasang dan Menanggalkan Penutup Kabel (Siri XJ-UT)
- Alat Kawalan Jauh
- Mengendalikan Projektor
- Menghidupkan atau Mematikan Projektor
- Memilih Sumber Input (INPUT)
- Menggunakan Tayangan Dimatikan Auto
- Operasi Imej dan Audio Asas Semasa Tayangan
- Menterbalikkan Imej Tayangan Secara Mendatar (Mod Cermin)
- Kawalan Nyala
- Anjakan Skrin Digital
- Menayangkan Templat
- Tayangan Corak Ujian
- Kunci Panel Kawalan
- Mengkonfigurasikan ID Kawalan Jauh dan Tetapan ID Projektor
- Menggunakan Pemasa Kira Detik (PEMASA)
- Menggunakan Pemasa Persembahan (TIMER)
- Menggunakan Menu Persediaan (MENU)
- Menggunakan Kata Laluan
- Membersihkan Projektor
- Penyelesaian Masalah
- Lampiran
- Spesifikasi
10
Bolong Masuk dan Ekzos
Jangan menyentuh bolong masuk dan
ekzos semasa tayangan dan jangan
letakkan sebarang plastik atau objek
atau bahan lain berdekatan dengan
bolong masuk/ekzos. Juga, jangan
letakkan produk di atas bahan-bahan
yang sedemikian.
Tindakan ini boleh mengakibatkan risiko
kecederaan terbakar, ubah bentuk dan
kelunturan warna objek atau bahan.
Objek Menghalang Tayangan
Pastikan tiada objek yang boleh
menghalang cahaya di hadapan lensa
semasa tayangan.
Keadaan seperti itu mengakibatkan
risiko kebakaran.
Akuarium, Tangki Air Lain
Pastikan tiada akuarium atau tangki
air jenis lain yang boleh menghasilkan
kesan lensa di hadapan lensa semasa
tayangan.
Keadaan seperti itu mengakibatkan
risiko kebakaran.
Lensa
Jangan menyentuh lensa dengan
tangan anda.
Tindakan ini boleh mengakibatkan risiko
kecederaan terbakar dan kemalangan .
Lokasi Penyimpanan dan Operasi
Jangan simpan atau gunakan produk
di sebarang lokasi yang dinyatakan di
bawah.
Berbuat demikian mengakibatkan risiko
kebakaran dan renjatan elektrik.
• Kawasan yang terdedah pada kelembapan
atau habuk yang banyak
• Kawasan penyediaan makanan, berhampiran
dengan pelembap atau di kawasan produk
terdedah kepada asap minyak atau wap air
• Kawasan yang terdapat getaran yang kuat
• Kawasan lain yang terdapat suhu tinggi atau
rendah (Julat suhu operasi: 5°C hingga 35°C)
Jangan letakkan produk pada platform
yang goyah, di rak yang tinggi atau di
sebarang lokasi lain yang tidak stabil.
Terjatuh dan terjongket boleh
mengakibatkan risiko kecederaan diri.
Lokasi
Jangan letakkan objek berat pada
produk atau panjat di atasnya.
Berbuat demikian mengakibatkan risiko
kebakaran dan renjatan elektrik.
Jangan tinggalkan produk di dalam
tandas, bilik mandi atau di mana-mana
sahaja ia mungkin menjadi basah.
Kelembapan mengakibatkan risiko
kebakaran dan renjatan elektrik.
Kunci roda. (Apabila menggunakan
produk di atas kereta sorong dan
lain-lain.)
Terjatuh dan terjongket boleh
mengakibatkan risiko kecederaan diri.
Dalam situasi ribut kilat, jangan
sentuh peranti yang dipasang
kepada salur keluar kuasa
Kilat mengakibatkan risiko renjatan
elektrik.
Alat kawalan jauh
Jangan sekali-kali cuba merungkas atau
ubah suai alat kawalan jauh dengan apa
jua cara. Berbuat demikian
mengakibatkan risiko renjatan elektrik,
kecederaan terbakar, dan kecederaan
diri yang lain. Pastikan pemeriksaan
dalaman, pelarasan, dan pembaikan
dilakukan oleh pengedar asal anda atau
pusat servis CASIO yang bertauliah.
Jangan sekali-kali membiarkan alat
kawalan jauh basah. Air mengakibatkan
risiko kebakaran dan renjatan elektrik.
-
-
-
-
-
-
-
-
+
’
!
+










