User Manual

78
Terminal MONITOR OUT bagi projektor memancarkan isyarat video yang dimasukkan melalui terminal
COMPUTER IN 1 atau terminal COMPUTER IN 2 seadanya. Ini membolehkan imej tayangan dioutput
secara serentak ke paparan lain.
Isyarat dipancarkan dari terminal MONITOR OUT apabila projektor dihidupkan bergantung
pada sumber input yang dipilih seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Projektor boleh dikonfigurasikan untuk memancarkan dari terminal MONITOR OUT, input
isyarat video dari terminal COMPUTER IN 1 semasa projektor berada dalam keadaan tunggu
sedia. Untuk butiran, lihat “Seting Opsyen 2 3 RGB/Audio Tunggu Sedia” (halaman 65).
Menggunakan Terminal MONITOR OUT (Siri XJ-UT,
XJ-S400UN, XJ-S400WN)
Apabila sumber input ini dipilih:
Isyarat input video dari terminal ini dipancarkan ke
terminal MONITOR OUT:
Komputer1 COMPUTER IN 1
Komputer2 COMPUTER IN 2
Video, HDMI1, HDMI2, Alat USB CASIO,
Rangkaian
Isyarat input video dipancarkan dari sama ada Komputer1 atau
Komputer2, mengikut sumber input yang terakhir dipilih
(terminal COMPUTER IN 1 atau terminal COMPUTER IN 2 ).*
1
*1 Sebagai contoh, walaupun sumber input ditukarkan dari Komputer1 kepada Video, terminal
MONITOR OUT akan terus memancarkan isyarat input video dari COMPUTER IN 1.