User Manual

72
Ralat Sistem dan Masalah Operasi Lain
Projektor dimatikan secara automatik kerana masalah sistem atau kerana masalah operasi yang
disebabkan oleh bunyi luaran. Selepas mengesahkan bahawa penunjuk POWER/STANDBY menyala
merah (tanpa berkedip), nyahsambung kord kuasa dari projektor dan tunggu sehingga semua
penunjuk projektor padam. Kemudian, sambungkan kembali kord kuasa dan hidupkan balik projektor.
Jika ralat berlaku lagi apabila anda menghidupkan balik kuasa, hubungi peruncit anda atau Pusat
Servis CASIO yang sah.
Masalah Unit Sumber Cahaya
Projektor dimatikan secara automatik kerana unit sumber cahaya dimatikan atau tidak dihidupkan.
Selepas mengesahkan bahawa penunjuk POWER/STANDBY menyala merah (tanpa berkedip), cabut
kord kuasa. Tunggu seketika dan kemudian pasangkan balik palam dan hidupkan projektor sekali lagi.
Jika ralat berlaku lagi apabila anda menghidupkan balik kuasa, hubungi peruncit anda atau Pusat
Servis CASIO yang sah.
Ralat Memori
Kuasa telah dimatikan secara automatik disebabkan oleh ralat memori projektor. Sahkan bahawa
penunjuk POWER/STANDBY menyala merah (tanpa berkedip). Setelah memeriksa penunjuk POWER/
STANDBY, nyahsambung kord kuasa dari projektor dan tunggu sehingga semua penunjuk projektor
padam. Kemudian, sambungkan kembali kord kuasa dan hidupkan balik projektor. Jika ralat berlaku
lagi apabila anda menghidupkan balik kuasa, hubungi peruncit anda atau Pusat Servis CASIO yang
sah.
Siri XJ-UT Siri XJ-F, Siri XJ-S
POWER : Nyala merah POWER : Nyala merah
LIGHT : STATUS : Nyala merah
TEMP : Nyala merah
Siri XJ-UT Siri XJ-F, Siri XJ-S
POWER : Nyala merah POWER : Nyala merah
LIGHT : Berkedip merah (pada kira-kira
jarak selang 1 saat)
STATUS : Berkedip merah (pada kira-kira
jarak selang 1 saat)
TEMP : Berkedip merah (pada kira-kira
jarak selang 1 saat)
Siri XJ-UT Siri XJ-F, Siri XJ-S
POWER : Nyala merah POWER : Nyala merah
LIGHT : Tidak bernyala atau berkedip
merah
STATUS : Berkedip merah (pada kira-kira
jarak selang 2 saat atau 1 saat)
TEMP : Berkedip merah (pada kira-kira
jarak selang 2 saat)