User Manual
7
Langkah-Langkah Keselamatan
Langkah Berjaga-Jaga Semasa
Penggunaan
Pengawasan orang dewasa diperlukan
apabila adanya kanak-kanak kecil dan
khususnya apabila ada kemungkinan
kanak-kanak kecil bersentuhan
dengan projektor.
Langkah Berjaga-Jaga Untuk Bateri
Jika cecair bocor daripada bateri
terkena pada kulit atau pakaian anda,
bilasnya segera dengan air bersih.
Cecair bateri masuk ke dalam mata
mengakibatkan risiko kehilangan
penglihatan dan lain-lain. Bilas mata
dan kemudian segera hubungi doktor.
Keabnormalan (Asap, Bau,
Penjanaan Haba dan lain-lain)
Jangan gunakan produk jika ia
mengeluarkan asap, bau, haba atau
menunjukkan sebarang keabnormalan
lain. Jangan gunakan produk selepas
ia terjatuh atau jika rosak.
Berbuat demikian mengakibatkan risiko
kebakaran dan renjatan elektrik.
Jalankan langkah di bawah dengan
segera.
Terima kasih kerana memilih produk CASIO ini. Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah
Keselamatan” ini sebelum menggunakannya. Setelah membaca Panduan Pengguna ini, simpan di
tempat selamat untuk rujukan pada masa hadapan.
Keterangan tentang simbol keselamatan
Pelbagai simbol digunakan di dalam Panduan Pengguna ini dan pada produk itu sendiri untuk
memastikan penggunaan selamat, dan untuk melindungi anda dan orang lain daripada risiko
kecederaan dan kerosakan bahan. Maksud bagi setiap simbol diterangkan di bawah.
Contoh Ikon
*
Bahaya
Menunjukkan sesuatu yang mengakibatkan risiko utama kematian atau
kecederaan diri yang serius.
*
Amaran
Menunjukkan sesuatu yang mengakibatkan risiko kematian atau kecederaan
diri yang serius.
*
Awas
Menunjukkan sesuatu yang mengakibatkan risiko kecederaan diri yang kecil
atau kerosakan fizikal.
’
Segi tiga menunjukkan situasi di mana anda perlu berhati-hati. Contoh yang ditunjukkan di sini
menunjukkan anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan renjatan elektrik.
!
Bulatan dengan satu garisan merentasinya menunjukkan maklumat tentang sesuatu tindakan
yang anda tidak harus lakukan. Tindakan spesifik ini ditunjukkan oleh rajah di dalam bulatan
itu. Contoh yang ditunjukkan di sini bermakna nyahpemasangan adalah dilarang.
$
Bulatan hitam menunjukkan maklumat tentang tindakan yang mesti anda lakukan. Tindakan
spesifik ini ditunjukkan oleh rajah di dalam bulatan itu. Contoh yang ditunjukkan di sini
menunjukkan anda mesti mencabut kord kuasa dari salur keluar kuasa.
Amaran
*
+
1. Cabut palam kuasa dari salur keluar kuasa.
2. Hubungi peruncit asal anda atau Pusat
Perkhidmatan CASIO.
+










