User Manual
68
Menggunakan Ciri Kata Laluan
Ambil perhatian tentang langkah berjaga-jaga berikut apabila anda menggunakan ciri kata laluan.
Ciri kata laluan melindungi daripada penggunaan projektor yang tidak dibenarkan. Ambil perhatian
bahawa ia bukan langkah antikecurian.
Anda perlu memasukkan kata laluan lalai kilang asal apabila menggunakan projektor buat pertama
kali setelah menghidupkan ciri kata laluan. Tukar kata laluan lalai kilang asal kepada kata laluan lain
pilihan anda secepat mungkin selepas menghidupkan ciri kata laluan.
Alat kawalan jauh diperlukan untuk memasukkan kata laluan. Berhati-hati agar tidak tersalah letak
alat kawalan jauh itu. Gantikan bateri alat kawalan jauh secepat mungkin sebaik sahaja ia mula
menjadi lemah.
Apabila memasukkan kata laluan, ID alat kawalan jauh dan ID projektor mestilah sama atau sama
ada ID alat kawalan jauh atau ID projektor mesti ditetapkan kepada “Semua”. Untuk maklumat
lanjut, lihat “Mengkonfigurasikan ID Kawalan Jauh dan Tetapan ID Projektor” (halaman 56).
Anda tidak akan boleh menggunakan projektor jika anda terlupa kata laluannya. Kami amat
menyarankan agar anda menyimpan rekod bertulis kata laluan atau menggunakan cara lain untuk
menyimpannya supaya anda boleh mencarinya apabila perlu.
Jika anda terlupa kata laluan anda...
Anda perlu membawa projektor dan pengenalan yang sah (asal atau salinan ID pekerja anda, lesen
memandu, dsb.) ke penyedia perkhidmatan pembaikan yang tertentu. Ambil perhatian bahawa anda
akan dikenakan caj untuk mengosongkan kata laluan tersebut. Mengosongkan kata laluan anda
dengan menggunakan prosedur yang ditunjukkan di atas akan mengembalikan semua tetapan
projektor anda kecuali Masa Nyala kepada lalai kilang awal.










