User Manual
64
Seting Opsyen 1 3
Kawalan Nyala 3
Sensor Nyala
Dayakan atau nyahdayakan sensor cahaya.
Hidup: Mendayakan pelarasan automatik output cahaya mengikut cahaya sekitar.
Mati*: Menyahdayakan pelarasan automatik output cahaya.
Seting Opsyen 1 3
Kawalan Nyala 3
Kawalan Nyala
Dayakan atau nyahdayakan output cahaya projektor (kecerahan sumber cahaya).
Hidup*: Mendayakan pelarasan output cahaya.
Mati: Menyahdayakan pelarasan output cahaya dan “Sensor Nyala” (di atas).
Tetapan ini mesti dipilih apabila anda mahu sumber cahaya memancarkan
pada kecerahan maksimum.
Seting Opsyen 1 3
Mati Kuasa Auto
Nyatakan jumlah masa operasi projektor dan ketidakaktifan isyarat input yang
dibenarkan sebelum Mati Kuasa Auto dicetuskan untuk mematikan kuasa projektor
secara automatik. Mati Kuasa Auto boleh dinyahdayakan, jika anda mahu.
5 min, 10 min*, 15 min, 20 min, 30 min: Masa sehingga mati Kuasa Auto dimulakan.
Mati: Menyahdayakan Mati Kuasa Auto.
Seting Opsyen 1 3
Kata Laluan
Konfigurasikan tetapan kata laluan.
Untuk butiran, lihat “Menggunakan Kata Laluan” (halaman 67).
Seting Opsyen 1 3
Hidup Kuasa Terus
Dayakan (Hidup) dan nyahdayakan (Mati*) kuasa dihidupkan auto projektor sebaik
saja kord kuasa Arus Ulang-alik (AC) dipasangkan ke dalam salur keluar kuasa.
Seting Opsyen 1 3
ID Projektor
Konfigurasikan tetapan ID projektor.
Untuk butiran, lihat “Mengkonfigurasikan ID Kawalan Jauh dan Tetapan ID Projektor”
(halaman 56).
Seting Opsyen 1 3
Bahasa
Menentukan bahasa paparan.
Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Sweden, Portugis, Belanda,
Norway, Poland, Finland, Czech, Turki, Rusia, Lithuania, Vietnam, Thai, Melayu,
Indonesia, Arab, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Korea, Jepun
Pengguna Model Rangkaian
Apabila menggunakan fungsi model Rangkaian tertentu, beberapa menu
dan mesej mungkin dipaparkan dalam Bahasa Inggeris, tanpa mengira
bahasa yang dipilih di sini.
Seting Opsyen 1 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan semula semua item dalam menu utama “Seting Opsyen 1” kepada lalai
awal bagi sumber imej yang sedang ditayangkan.
Seting Opsyen 2 3
Audio Keluar
Tentukan sama ada input audio dari sumber input harus dikeluarkan ke pembesar
suara projektor (Pmbsr Sra*) atau dikeluarkan ke destinasi luaran dari terminal
AUDIO OUT projektor (Talian).
Seting Opsyen 2 3
Input Audio
Menukar input audio.
Untuk butiran, lihat “Mengubah Input Audio” (halaman 46).
Seting Opsyen 2 3
Altitud Tinggi
Hidupkan atau matikan seting kelajuan kipas altitud tinggi mengikut altitud kawasan
tempat anda menggunakan projektor.
Hidup: Pilih seting ini apabila menggunakan projektor di kawasan altitud tinggi
(1,500 hingga 3,000 meter di atas paras laut) di mana udara adalah nipis.
Seting ini meningkatkan kecekapan penyejukan.
Mati*: Pilih seting ini pada altitud biasa (sehingga 1,500 meter ).
Jangan gunakan projektor ini pada altitud lebih tinggi daripada 3,000 meter
di atas aras laut.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini:










