User Manual
63
Seting Input 3
Terminal KOMPUTER
(Siri XJ-F/XJ-S400U/
XJ-S400W)
Tentukan kaedah untuk digunakan bagi mengenal pasti isyarat input terminal
COMPUTER IN.
Auto*: Input isyarat ke terminal COMPUTER IN dikenal pasti secara automatik.
RGB: Input isyarat ke terminal COMPUTER IN sentiasa dianggap sebagai isyarat
RGB.
Komponen: Input isyarat ke terminal COMPUTER IN sentiasa dianggap sebagai
isyarat video komponen.
Seting Input 3
Laras Tahap RGB
(Siri XJ-F/XJ-S400U/
XJ-S400W)
Dayakan (Hidup*) atau nyahdayakan (Mati) pelarasan aras isyarat RGB yang
dimasukkan dari terminal COMPUTER IN. Walaupun anda harus menggunakan
tetapan “Hidup” untuk tayangan yang paling normal, tetapan ini mungkin
menghasilkan imej yang tidak normal untuk beberapa isyarat input. Jika ini berlaku,
cuba tukar tetapan kepada “Mati”.
Seting Input 3
Isyarat Video (V)
Tentukan kaedah untuk digunakan bagi mengenal pasti isyarat input terminal VIDEO.
Auto*: Projektor mengenalpasti isyarat input video secara automatik.
NTSC, NTSC4.43, PAL, PAL-M, PAL-N, PAL60, SECAM:
Sentiasa anggap bahawa isyarat input video ialah jenis isyarat video yang
dinyatakan.
Seting Input 3
Penunjuk Nama Isyarat
Tentukan sama ada jenis isyarat input yang baru dipilih harus dipaparkan (Hidup*)
atau tidak dipaparkan (Mati) apabila kekunci [INPUT] ditekan untuk menukar isyarat
input.
Seting Input 3
Cari Input Automatik
Tentukan sama ada perlu atau tidak untuk mencari sumber input apabila projektor
dihidupkan atau apabila kemudian kekunci [INPUT] ditekan.
Hidup*: Carian Input Auto didayakan.
Mati: Carian Input Auto dinyahdayakan.
Untuk butiran tentang operasi Carian Input Auto, lihat “Menggunakan Carian Input
Auto” (halaman 43).
Seting Input 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan semula semua item dalam menu utama “Seting Input” kepada lalai awal
bagi sumber imej yang sedang ditayangkan.
Seting Opsyen 1 3
Pembetulan Pepasak Auto
Dayakan (Hidup*) atau nyahdayakan (Mati) pembetulan pepasak sejajar dengan
sudut projektor.
Item tetapan ini tidak boleh dipilih dan pembetulan pepasak auto
dinyahdayakan semasa “Hidup” dipilih untuk “Seting Skrin 3 Lekapan
Siling”.
Seting Opsyen 1 3
Laras Auto (R)
Nyatakan sama ada projektor perlu mengesan jenis isyarat input RGB (resolusi,
frekuensi) dan melaraskan imej tayangan sewajarnya.
Hidup*: Laras Auto didayakan.
Mati: Laras Auto dinyahdayakan.
Jika anda ingin mengekalkan tetapan menu “Pelarasan Imej 2” berikut
apabila kuasa dimatikan, pilih “Mati” untuk tetapan ini: “Kedudukan
Menegak”, “Kedudukan Melintang”, “Frekuensi”, “Fasa”.
Seting Opsyen 1 3
Kawalan Nyala 3
Output Nyala
Laraskan output cahaya.
Untuk butiran, lihat “Kawalan Nyala” (halaman 52).
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini:
F
S










