User Manual

60
Menekan kekunci [MENU] akan memaparkan Menu Persediaan pada skrin tayangan. Anda boleh
menggunakan menu ini untuk melaraskan kecerahan, kontras, dan seting lain imej yang ditayangkan
serta untuk menukar seting projektor.
Satu atau lebih huruf (seperti RCV) selepas nama item menu menunjukkan satu item yang tersedia
hanya apabila satu atau lebih sumber input tertentu dipilih. Huruf-huruf tersebut menunjukkan
sumber input di mana item menu tersedia.
R: Input RGB, C: Input Komponen, V: Input Video, H: Input HDMI (PC),
D: Input HDMI (DTV), T: Alat USB CASIO*
1
, N: Rangkaian*
1
Item menu yang tidak mempunyai sebarang huruf di sebelahnya akan tersedia tanpa mengira
sumber input.
Makna simbol yang muncul selepas item menu ditunjukkan di bawah.
Seting lalai awal ditunjukkan oleh asterisk (*).
Menggunakan Menu Persediaan (MENU)
Seting Menu Persediaan
*1 Projektor model rangkaian sahaja
Model Siri XJ-F sahaja Model Siri XJ-UT sahaja
Model Siri XJ-S sahaja Model rangkaian sahaja
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini:
Pelarasan Imej 1 3
Kecerahan
Laraskan kecerahan imej yang ditayangkan.
Pelarasan Imej 1 3
Kontras
Laraskan kontras imej yang ditayangkan.
Pelarasan Imej 1 3
Ketajaman (V)
Laraskan ketajaman garis bentuk dalam imej yang ditayangkan.
Nilai yang lebih besar menjadikan imej lebih tajam, manakala nilai yang lebih kecil
menjadikannya kurang tajam.
Pelarasan Imej 1 3
Ketepuan (V)
Laraskan penepuan warna imej yang ditayangkan.
Nilai yang lebih besar meningkatkan ketepuan warna.
Pelarasan Imej 1 3
Seri Warna (V)
Laraskan seri warna imej yang ditayangkan.
Nilai yang lebih besar menjadikan imej keseluruhan lebih kebiruan, manakala nilai
yang lebih kecil menjadikan imej keseluruhan lebih kemerahan. Seting ini disokong
hanya apabila isyarat adalah NTSC atau NTSC4.43.
Pelarasan Imej 1 3
Mod Warna
Pilih satu daripada mod warna imej tayangan berikut: “Standard”*, “Grafik”,
“Teater”*, “Papan Hitam”, “Semula jadi”, “Terang” (Siri XJ-S sahaja), “Simulasi
DICOM” (Siri XJ-S sahaja).
Seting lalai awal: “Teater” apabila sumber input ialah Video, Komponen,
atau HDMI (DTV). “Standard” bila-bila masa lain.
DICOM (Pengimejan Digital dan Komunikasi dalam Perubatan) adalah
standard bagi imej perubatan dan komunikasinya. Tetapan “Simulasi
DICOM” (Siri XJ-S sahaja) boleh digunakan untuk menayangkan sinar-x
dan imej perubatan lain. Bagaimanapun, ambil perhatian bahawa imej yang
dihasilkan oleh projektor ini bukan bertujuan untuk digunakan dalam
tafsiran atau diagnosis ketepatan.
Pelarasan Imej 1 3
Imbangan Warna
Pilih satu daripada praset imbangan warna berikut: “Hangat”, “Normal”*, “Sejuk”.
Juga boleh digunakan untuk melaraskan merah, hijau dan biru secara berasingan.
Pelarasan Imej 1 3
Mod Mati Kawalan Cahaya
Tentukan sama ada “Terang” (keutamaan kecerahan) atau “Normal”* (keutamaan
rona) sebagai tetapan kualiti imej apabila “Mati” dipilih untuk “Seting Opsyen 1 3
Kawalan Nyala 3 Kawalan Nyala”.
F
UT
S
N