User Manual

58
Masa persembahan menunjukkan baki masa untuk persembahan. Di bawah tetapan lalai awal,
pemasa persembahan dipaparkan secara tidak menonjol di sudut kanan bawah skrin tayangan.
Untuk menggunakan pemasa persembahan, tukar “Seting Opsyen 2 3 Jenis Pemasa”
(halaman 65) pada Menu Persediaan kepada “Pembentangan”.
Untuk memaparkan pemasa
Apabila pemasa tidak dipaparkan pada imej yang ditayangkan, tekan kekunci [TIMER] sekali.
Pemasa akan muncul selama kira-kira lima saat dan kemudian hilang secara automatik jika “Mati”
dipilih untuk tetapan “Paparan Berterusan” pada menu fungsi pemasa.
Untuk memaparkan menu fungsi pemasa
Apabila pemasa tidak dipaparkan pada imej yang ditayangkan, tekan kekunci [TIMER] dua kali. Jika
pemasa dipaparkan, tekan kekunci [TIMER] sekali.
Untuk mengkonfigurasi seting pemasa
1.
Tekan kekunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa.
2.
Gunakan kekunci [] dan [] untuk memilih tetapan “Kedudukan”, “Paparan
Berterusan” atau tetapan “Masa Mula” dan kemudian ubah tetapan seperti
ditunjukkan dalam jadual di bawah.
3.
Untuk menyimpan tetapan anda dan menutup menu fungsi pemasa, tekan [ESC].
Untuk memulakan pemasa dengan segera selepas menukar tetapan, gunakan [] dan []
untuk memilih “Mula Pemasa” pada menu fungsi pemasa dan kemudian tekan kekunci
[ENTER] sebelum menekan [ESC] dalam langkah di atas.
Menggunakan Pemasa Persembahan (TIMER)
Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini:
Posisikan semula pemasa
pada imej yang ditayang
Pilih “Kedudukan” dan kemudian gunakan kekunci [] dan [] untuk memilih
salah satu daripada tetapan berikut: “Bawah Kanan”, “Atas Kanan”, “Atas
Kiri”, “Bawah Kiri” (Lalai awal: Bawah Kanan).
Dayakan atau nyahdayakan
paparan berterusan pemasa
Pilih “Paparan Berterusan” dan kemudian gunakan kekunci [] dan [] untuk
memilih sama ada “Hidup” atau “Mati” (Lalai awal: Mati).
Hidup: Sebaik saja pemasa dipaparkan, ia kekal terpapar sehingga anda
memaparkan kotak dialog yang berbeza atau anda menekan kekunci
[ESC].
Mati: Pemasa hilang secara automatik kira-kira lima saat selepas ia
dipaparkan.
Menentukan masa mula kira
detik pemasa
Pilih “Masa Mula” dan kemudian gunakan kekunci [] dan [] untuk
menentukan masa mula kira detik yang anda inginkan.
Anda boleh tetapkan masa mula daripada lima hingga 60 minit, dalam langkah
lima-minit (Lalai awal: 20 minit).