User Manual

54
4.
Untuk menghentikan tayangan templat, tukar ke sumber input lain atau matikan
projektor.
Ambil perhatian bahawa isyarat input imej yang sedang dimasukkan ke projektor tidak dapat
ditayangkan semasa templat sedang ditayangkan.
Tayangan Mati Auto (halaman 47) dan Mati Kuasa Auto (halaman 64) telah dinyahdayakan
semasa templat sedang ditayangkan.
Dengan model XJ-UT352W, XJ-F11X, XJ-F101W, XJ-S400U dan XJ-S400W, tetapan berikut
tidak boleh dilaraskan semasa templat sedang ditayangkan: “Kecerahan” (halaman 56),
“Kontras” (halaman 60).
Untuk menukar jenis templat (XJ-UT352W, XJ-F11X, XJ-F101W,
XJ-S400U, XJ-S400W)
1.
Semasa templat sedang ditayangkan, tekan kekunci [FUNC] dan kemudian
kekunci [ENTER] .
Ini akan memaparkan menu “Jenis Templat” .
2.
Gunakan kekunci [] dan [] untuk memilih templat yang anda ingin tayangkan
dan kemudian tekan kekunci [ENTER].
Untuk menukar jenis templat (Model Rangkaian)
1.
Semasa templat sedang ditayangkan, tekan kekunci [FUNC] dan kemudian
kekunci [ENTER] .
Ini akan memaparkan skrin pemilihan templat.
2.
Gunakan kekunci kursor untuk menggerakkan fokus ke templat yang anda ingin
tayangkan.
Untuk menayangkan templat yang terletak dalam folder yang berbeza dari folder yang sedang
dipaparkan, laksanakan langkah-langkah di bawah.
(1) Semasa fokus diletakkan pada templat kiri bahagian atas, tekan kekunci [].
Ini akan menggerakkan fokus ke kawasan pemilihan folder.
(2) Gunakan kekunci [] dan [] untuk menggerakkan fokus ke folder yang mengandungi
templat yang anda ingin tayangkan.
(3) Tekan kekunci [].
Ini akan menggerakkan fokus semula ke kawasan pemilihan folder.
(4) Gunakan kekunci kursor untuk menggerakkan fokus ke templat yang anda ingin
tayangkan.
3.
Tekan kekunci [ENTER].
Di bawah tetapan lalai awal model rangkaian, hanya folder teratas mengandungi templat.
Semua folder lain kosong. Untuk maklumat tentang prosedur bagi menambah templat, rujuk
“Panduan Fungsi Rangkaian” yang berasingan.