User Manual
53
Anda boleh menggunakan prosedur dalam seksyen ini untuk mengurangkan saiz imej tayangan
samping mengekalkan nisbah bidangnya dan menganjakkan imej tayangan secara menegak atau
melintang, tanpa mengalihkan projektor secara fizikal.
Projektor anda disertakan dengan sembilan templat terbina dalam yang membolehkan anda
menayangkan garisan mendatar, garisan grid dan imej lain ke papan putih atau papan hitam.
Dengan model rangkaian, anda boleh meningkatkan jumlah templat tersedia dengan memindahkan
imej templat dari komputer ke memori projektor. Untuk butiran, lihat “Panduan Fungsi Rangkaian”
yang berasingan.
Untuk menayangkan templat
1.
Tekan kekunci [INPUT] untuk memaparkan menu input.
2.
Gunakan kekunci [INPUT], [] dan [] untuk memilih “Templat” dan kemudian
tekan kekunci [ENTER].
Ini akan menayangkan templat yang telah ditayangkan sebelum ini.
3.
Gunakan kekunci [] dan [] untuk menukar kepada jenis templat yang lain.
Gunakan prosedur di bawah “Untuk menukar jenis templat (XJ-UT352W, XJ-F11X, XJ-F101W,
XJ-S400U, XJ-S400W)” (halaman 54) atau “Untuk menukar jenis templat (Model Rangkaian)”
(halaman 54) untuk menukar templat lain.
Dengan model rangkaian, anda juga boleh melaraskan kecerahan tayangan (halaman 60).
Anjakan Skrin Digital
Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini:
Laraskan saiz dan
kedudukan imej tayangan
1. Tekan kekunci [MENU] untuk memaparkan menu persediaan.
2. Pilih yang berikut mengikut jujukan dan kemudian tekan kekunci [ENTER]: “Seting
Skrin”, “Anjakan Skrin Digital”, “Posisi Semula Anjakan Skrin Digital”.
Ini akan memaparkan kotak dialog “Anjakan Skrin Digital”.
3. Gunakan kekunci [D-ZOOM –] dan [D-ZOOM +] untuk melaraskan saiz imej yang
ditayangkan dalam julat 84% hingga 100%.
Jika faktor zum yang kurang daripada 100% dinyatakan, anda juga boleh
melakukan langkah 4 dan 5 di bawah untuk menentukan semula kedudukan
imej tayangan. Jika 100% dinyatakan, langkau ke langkah 5 bagi prosedur ini.
4. Gunakan kekunci [] dan [] untuk menggerakkan imej tayangan secara menegak
dan kekunci [] dan [] untuk menggerakkannya secara mendatar.
5. Selepas semuanya mengikut cara yang anda inginkan, tekan kekunci [ESC] untuk
menutup kotak dialog. Seterusnya tekan [MENU] untuk menutup menu persediaan.
Kembalikan saiz dan
kedudukan imej tayangan
kepada lalai awalnya
1. Tekan kekunci [MENU] untuk memaparkan menu persediaan.
2. Pilih yang berikut mengikut jujukan dan kemudian tekan kekunci [ENTER]: “Seting
Skrin”, “Anjakan Skrin Digital”, “Pulihkan Anjakan Skrin Digital Lalai”.
3. Tekan kekunci [], pilih “Ya” dan kemudian tekan kekunci [ENTER].
Menayangkan Templat










